Featured Posts

Berita guru

Pengorbanan luar biasa mendidik serta membimbing anak bangsa di SK Nanga Skrang

Hal Ehwal Murid

Kejayaan pelajar sudah cukup menggembirakan dan menghilangkan segala penat lelah mendidik

Berita Aktiviti

Aktiviti ko-akademik, kokurikulum, sukan dan penglibatan murid-murid dan warga SKNS di dalam dan luar sekolah.

Sambutan Hari Lahir Murid Asrama (Jan - Mac)

Pada Khamis 30 Mac, sambutan hari lahir murid-murid asrama bagi bulan Januari, Februari dan Mac telah diadakan.

 Sambutan ini telah  dijayakan oleh GB dan keluarga beliau, PK HEM, PPM dan waden-waden. Sambutan ini telah dilengkapi lagi dengan kehadiran wakil dari Scripture Union Sarawak yang telah memberkati majlis ini dengan ceramah keagamaan khas bagi murid-murid beragama Kristian.

Backdrop

Lawatan Staf Pergigian

Staf Pergigian daerah Sri Aman telah datang berkampung selama seminggu di SKNS.
Lawatan rutin tersebut telah berlangsung mulai 20 hingga 24 Februari 2017. Pihak SKNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf dental yang sudi datang berkampung di sekolah kami.




Bimbingan memberus gigi dengan cara yang betul

Program Bersama Ibubapa Murid LINUS

Program bersama ibubapa murid LINUS telah diadakan pada 13 Februari 2017 dengan tema "Saya Sayang Anak Saya". Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan ibubapa/penjaga murid LINUS agar sentiasa peka dengan pencapaian anak mereka. 

Program tersebut juga melibatkan bengkel LINUS yang terdiri daripada Bengkel Literasi Bahasa Melayu, Bengkel Literasi Bahasa Inggeris dan Bengkel Numerasi.  Bengkel tersebut telah dijalankan oleh Ketua Panitia bagi matapelajaran tersebut. Di dalam bengkel tersebut ibubapa dan penjaga telah didedahkan kepada bagaimana mereka dapat membantu meningkatkan pencapaian anak dengan memainkan peranan sebagai pemudahcara pembelajaran anak-anak di rumah.

Ibubapa juga didedahkan kepada matlamat sekolah ke arah sifar LINUS dan diseru agar memberi kerjasama sebaik mungkin agar matlamat ini dapat dicapai.

Tentatif program

Ucapan Guru Besar

Ibubapa dan murid

Mukadimah daripada SU LINUS SKNS selaku Penyelaras Program



Aktiviti ibu dan anak




Bengkel Numerasi

Group photo

Pihak SKNS mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh ibubapa dan penjaga yang hadir. Semoga matlamat SKNS ke arah sifar LINUS akan menjadi kenyataan!

Program Jom Ke Sekolah

Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap, Program ‘Jom Ke Sekolah 2017’ dilancarkan di seluruh negara termasuk di SKNS. Program ini telah diadakan pada 6 Februari 2017. Ia bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama lebih mantap antara pihak sekolah dan PDRM yang diwakili oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

PPS yang telah ditetapkan untuk SKNS adalah KPL Aslizam bin Matsah dari Balai Polis Daerah Sri Aman. Antara tugas PPS ialah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan jika perlu, melakukan rondaan atau lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberi ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah.

Kerjasama PPS dan pihak sekolah menjayakan Program Jom Ke Sekolah dapat menangani sebarang isu atau masalah disiplin di kalangan murid melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-sekolah. Ini hasil daripada kesedaran bahawa keselamatan sekolah sangat mempengaruhi suasana pembelajaran murid sekali gus melalui program dirancang menyemai sikap kesedaran murid terhadap tanggungjawab mereka kepada sekolah dan negara.



Backdrop

Group photo.

SKNS mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang menjayakan program ini terutama pihak Balai Polis Sri Aman.

Sumbangan Persendirian Daripada Cik Daphne Yap dan rakan-rakan

Setinggi-tinggi penghargaan buat Cik Daphne Yap dan rakan-rakan yang telah menyumbangkan RM1000 untuk pembelian buku-buku bagi murid-murid SKNS. Buku tersebut terdiri dari buku cerita kanak-kanak dan ensiklopedia dan telah ditempatkan di Pusat Sumber sekolah.

Dengan itu pihak SKNS telah menganugerahkan sijil penghargaan yang telah diserahkan sendiri oleh tuan Guru Besar kepada Cik Daphne Yap.