Friday, November 27, 2009

Banjir besar

    Keadaan sewaktu banjir di SK Nanga skrang 2009


Sunday, November 22, 2009

Hari Terakhir Murid Tahun 6, 2009

Murid-murid Tahun 6 bersama guru kelas

      Pada 20 November juga merupakan hari terakhir murid-murid tahun 6 berada di SK Nanga Skrang. Mulai tahun 2010, mereka akan melangkah ke alam sekolah menengah yang lebih mencabar lagi. Teruskan usaha anda murid-murid tahun 6, agar berjaya ke menara gading. Taniah juga pihak sekolah ucapkan kepada murid-murid yang lulus dalam UPSR. Kepada yang gagal janganlah berputus asa, teruskan usaha anda.

Saturday, November 21, 2009

Salam Perpisahan Cikgu Nurul

      Cikgu Nurul Hazwani

        Pada 20 November 2009, merupakan hari terakhir Cikgu Nurul berada di sekolah ini. Hal ini kerana beliau akan bertukar sekolah ke Pulau Langkawi pada tahun 2010. Beliau merupakan guru permulihan pertama yang berada SK Nanga Skrang ini. Jasa beliau tidak dapat pihak sekolah lupakan kerana telah berjaya memulihkan murid yang sukar membaca dan mengira. Terima Kasih cikgu, Salam perpisahan.

 Video Salam Perpisahan
      Semoga terhibur dengan tayangan yang tak seberapa ini.


Friday, November 20, 2009

Majlis Anugerah Cemerlang 2009

       Pada 18 November 2009, SK Nanga Skrang telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi meraikan kejayaan murid-murid sekolah ini. Pelbagai atucara turun diselitkan dalam majlis ini. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, ucapan Ketua murid, diikuti dengan ucapan Guru Besar, dan seterusnya majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada yang berjaya. Selai itu, majlis diselitkan dengan percembahan murid.
 
 

a
Antara aktiviti yang berlaku sepanjang Majlis Anugerah Cemerlangan berlangsung

Friday, November 20, 2009

Nanga Skrang Idol 2009

     Bagi memeriahkan lagi Majlis Anugerah Cemerlang 2009, Panitia Muzik telah mengadakan Pertandingan Karaoke. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori murid dan kategori terbuka. Bagi Kategori Murid, pihak sekolah ucapkan tahniah bagi yang berjaya.
Antara penonton yang datang menyaksikan Nanga Skrang Idol

 Tahniah kepada pemenang

Friday, November 20, 2009

Mini Sukan 2009

     Pada 17 November 2009, SK Nanga Skrang telah mengadakan aktiviti sukan tahun. Walaupun aktiviti ini diadakan agak lewat iaitu seminggu sebelum cuti akhir tahun tetapi ianya tetap meriah. Pelbagai aktiviti sukan diadakan seperti Isi Air Dalam Botol, Pancing Botol, Lari Tiup Belon, Lari Ikat Kaki dan banyak lagi.
    Sebelum bersukan kita nyanyikan dulu lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
Senaman dan tarian poco-poco dimulakan

        Aktiviti ini dimulakan dengan  senaman panaskan badan dan tarian poco-poco. Selain itu, aktiviti ini juga ada terselit sukan terbuka kepada ibu bapa iaitu pertandingan sepak takraw.
Bagi memeriahkan Mini Sukan ini, Acaran Sepak Takraw terbuka turut diadakan.
 
Antara gambar-gambar yang dapat di ambil.....

 
 
 
Aktiviti sukan yang dijalankan dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang
  
Pengadil sedang berehat semasa waktu rehat permainan

Wednesday, November 04, 2009

Kem Membaca Satu Malaysia





    KEM MEMBACA

            Bermula pada 26hb. Oktober hingga 5hb. November 2009 telah berlasungnya program Kem Membaca Satu Malaysia. Sepanjang dua Minggu ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya Kem Kemahiran Membaca, Pertandingan Bercerita, Mendeklamasi Sajak, Membaca teks, Mewarna dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini  dapat melahirkan minat murid-murid untuk terus membaca dan mengetahui kaedah atau cara yang betul untuk menbaca melalui Kem Kemahiran Membaca.
Kem Kemahiran Membaca


Pertandingan Bercerita

Pertandingan Mendeklamasi Sajak Tahap Dua

Mendeklamasi Sajak Tahap Satu
Murid mendeklamasi sajak dengan penuh gaya

Sunday, November 01, 2009

Selamat Tinggal Cikgu Ellyn


      Tepat pada 30 Oktober 2009 yang lalu, merupakan hari terakhir Cikgu Ellyn Gie Ongke bertugas di SK Nanga Skrang. Beliau Merupakan Guru Kontrak yang terpaksa berhenti lebih awal daripada kontrak asal, apabila beliau mendapat pekerjaan tetap yang akan melapor diri pada 5 Noverber 2009. Beliau telah banyak membantu dan menjalankan tugas sebagai guru dengan baik dan jayanya. Kehilangan beliau amat dirasai oleh warga sekolah.... Bak kata salah seorang guru sekolah.... "Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tersungkur..." Kami warga sekolah mengucapkan tahniah kepada cikgu kerana mendapat pekerjaan tetap dan selamat tinggal..... kami berharap Cikgu Ellyn sentiasa meingati kami di sini......

Kenangan Cikgu Ellyn bersama PK1 Cikgu Pilling semasa Majlis Perpisahan




Cikgu Ellyn bersalaman dengan murid sebelum berpisah


Bersalaman dengan guru-guruSK Nanga Skrang





Saturday, October 31, 2009

Bulan Bahasa 2009

          Bulan Oktober telah di pilih sebagai Bulan Bahasa. Jadi pelbagai program telah dijalankan sepanjang bulan ini. Antaranya pertandingan bercerita, 10 minit membaca sebelum PnP, mendeklamasi puisi dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan murid membaca, mendengar dan menghayati apa yang dibaca serta mandalami bahasa kita.
Murid mendengar rakan mereka bercerita

Saturday, October 31, 2009

Lawatan ke Kuching 2009

         Pada 9, 10 dan 11 Oktober 2009 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan lawatan ke Kuching untuk murid Tahun 6 iaitu setelah selesai menjalani peperiksaan UPSR. Di sini, murid-murid mendapat menimbal pengalaman sepanjang lawatan ini. Antaranya dapat melawat ke Akademik Polis "PULAPOL", pergi ke muzium-muzium Kuching dan mengenal tempat-tempat menarik yang lain.


Semasa Lawatan ke muzium