Friday, November 20, 2009

Mini Sukan 2009

     Pada 17 November 2009, SK Nanga Skrang telah mengadakan aktiviti sukan tahun. Walaupun aktiviti ini diadakan agak lewat iaitu seminggu sebelum cuti akhir tahun tetapi ianya tetap meriah. Pelbagai aktiviti sukan diadakan seperti Isi Air Dalam Botol, Pancing Botol, Lari Tiup Belon, Lari Ikat Kaki dan banyak lagi.
    Sebelum bersukan kita nyanyikan dulu lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
Senaman dan tarian poco-poco dimulakan

        Aktiviti ini dimulakan dengan  senaman panaskan badan dan tarian poco-poco. Selain itu, aktiviti ini juga ada terselit sukan terbuka kepada ibu bapa iaitu pertandingan sepak takraw.
Bagi memeriahkan Mini Sukan ini, Acaran Sepak Takraw terbuka turut diadakan.
 
Antara gambar-gambar yang dapat di ambil.....

 
 
 
Aktiviti sukan yang dijalankan dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang
  
Pengadil sedang berehat semasa waktu rehat permainan

No comments:

Post a Comment