Monday, April 26, 2010

Aktiviti Gotong-royong Menceriakan Kawasan Sekolah

            Setelah penat dengan menghadiri Majlis Makan Malam MGBD Zon Undop, SK Nanga Skrang telah mengadakan aktiviti gotong royong menceriakan kawasan sekolah pada hari berikutnya iaitu pada 24 April 2010. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00pagi dan berakhir 12.30 tengah hari. Di harap sekolah ini bertambah ceria dan menarik...

           Berikut adalah sebahagian aktiviti yang sempat dirakamkan oleh juru gambar sekolah kami:
Guru dan murid turut bekerjasama dalam menceriakan sekolah

Sunday, April 25, 2010

Majlis Makan Malam MGBD Zon Undop


            Pada 23 April 2010, Satu Majlis Makan Malam, Majlis Guru Besar Daerah (MGBD) Zon Undop telah diadakan di Dewan Suarah Sri Aman. Majlis makan malam ini menggabunngkan 7 buah sekolah di zon Undop termasuk SK Nanga Skrang. Majlis makan malam ini dirasmikan oleh  YB. Datuk Francis Harden anak Hollis, Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak. Selain makan malam, terdapat juga aktiviti sampingan seperti nyanyian karaoke, tarian poco-poco dan sebagainya.
Ucapan aluan Yb Datuk Francis Harden anak Hollis dan penyampaian cederahati oleh En Walter
Antara guru dan staf SK Nanga Skrang yang hadir
Wakil PIBG SK Nanga Skrang juga turut memberi sokongan

Saturday, April 24, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahniah!!... En. Nyawin

            Pada 22 April 2010, Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 telah diadakan di Dewan Suarah. Seorang wakil pekerja @ staf SK Nanga Skrang turut dicalonkan bagi mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini.

            Calon tersebut adalah En Nyawin anak Kuyong, di mana beliau merupakan seorang PAR yang ditugaskan menjaga makan minum murid asrama di sekolah ini. Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini disampaikan oleh wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak iaitu Haji Abdul Rahman bin Bolhassan.

En. Nyawin anak Kuyong
             Menurut wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Haji Abdul Rahman bin Bolhassan. beliau berkata,  peningkatan kredibiliti kepimpinan dalam diri pengetua dan guru besar secara tidak langsung akan mempengaruhi prestasi kerja para kakitangan sekolah bawah seliaan mereka selepas ini.

             "Pengetua dan guru besar perlu menunjukkan kredibiliti kepimpinan masing-masing terhadap guru-guru di bawah seliaan mereka dengan bekerja keras untuk menaikkan prestasi akademik murid-murid di sekolah dari masa ke semasa.

             "Usaha mereka ini akan dipandang oleh guru-guru berkenaan. Jika kredibiliti kepimpinan mereka diakui maka para guru secara tidak langsung akan mencontohi komitmen pengetua dan guru besar dalam menaikkan pencapaian akademik sekolah," katanya.

            Kredibiliti kepimpinan pengetua dan guru besar di sekolah masing-masing menurut beliau juga sekaligus dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mencapai sasaran dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selepas ini.

             Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Philip Singkek, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Haji Abdul Rahman Muhyuddin dan wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Rickson Jau.

             Seramai 168 orang guru dan kakitangan jabatan pelajaran dari kawasan Sri Aman dan Lubok Antu menerima APC yang berlangsung pada jam 2.30 petang hari ini.
                         (Petikan diperolehi daripada http://sriamannews.blogspot.com
/2010/04/pengetua-dan-guru-besar-perlu.html)

Friday, April 23, 2010

Pemeriksaan Rutin Kesihatan Murid

            Pada 19 April 2010, pihak pengurusan asrama telah menjalankan pemeriksaan rutin kesihatan murid. Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memastikan tahap kesihatan murid dalam keadaan baik dan sihat sentiasa.
            Dalam pemeriksaan kali ini, hanya 2 orang murid sahaja yang kurang sihat dan didapati mendapat demam. Berikut adalah situasi semasa pemeriksaan rutin kesihatan dijalankan.
Pemeriksaan ketinggian dan berat murid-murid

Pemeriksaan suhu badan

Sunday, April 11, 2010

Sukan PIBG 2010 SK Nanga Skrang

        Pada 9hb dan 10hb April 2010 baru-baru ini, pihak sekolah dan AJK PIBG telah menjayakan Sukan PIBG. Dengan sokongan pihak sekolah dan ibubapa, sukan ini berjaya dijalankan dengan lancarnya.
        Pada hari pertama Kejohanan Sukan PIBG ini diadakan, hanya 2 permainan sahaja dijalankan iaitu permainan bola sepak 7 sebelah dan sepak takraw. Permainan ini dijalankan bermula pada jam 8pagi hingga berakhir pada jam 6 petang.
 Pendaftaran di kaunter urusetia
 Permainan bola sepak tujuh sebelah yang berlangsung pada hari pertama
 Permaina sepak takraw juga turut dijalankan
Gerai juga turut dibuka untuk memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan makanan

            Bagi memeriahkan lagi sukan ini, ibubapa juga disediakan aktiviti berkaraoke pada sebelah malam pula. Aktiviti karaoke ini dijalankan pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11malam.

Persembahan karaoke oleh ibubapa
Tarian poco-poco oleh murid-murid dan penyampaian hadiah kepada penyumbang tertinggi

           Pada 10hb April 2010 pula, pertandingan lumba perahu, tarik tali, sepak takraw akhir dan bola sepak 7 sebelah akhir telah diadakan. Berikut adalah aktiviti sepanjang hari tersebut:
Antara pelumbaan perahu yang dijalankan
Antara Juri-juri dan hakim perlumbaan perahu
Acara tarik tali terbuka kepada wanita sahaja.


 Juara pertandingan Bola Sepak 7 sebelah
Naik Johan Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah


Sunday, April 11, 2010

Mesyuarat Sukan PIBG 2010 kali ke-2

             Pada 1hb April 2010, Sekali lagi mesyuarat Sukan PIBG 2010 telah di adakan. Mesyuarat kali ini adalah untuk memberi kata putus aktiviti yang akan di adakan semasa SUKAN PIBG 2010.
             Setelah bermesyuarat, pihak AJK telah memustuskan bahawa sukan ini diadakan pada 9hb dan10hb April 2010. Sukan yang di sediakan adalah sepak takraw, bola sepak 7 sebelah, tarik tali dan sukan air iaitu perlumbaan perahu.
      Antara wakil ibubapa dan guru yang hadir mesyuarat tersebut

Sunday, April 11, 2010

Pemeriksaan Kesihatan untuk murid tahun 1 dan tahun 6

         Pada 24hb Mac 2010, Wakil dari Jabatan Kesihatan telah dalam ke SK Nanga Skrang ini. Tujuan mereka datang ke sekolah ini adalah untuk membuat pemeriksaan kesihatan kepada murid tahun satu dan murid tahun enam.
         Berikut adalah serba sedikit aktiviti pada hari tersebut...........

Wajah Murid-murid tahun satu yang sedang menunggu pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan ke atas murid tahun 1

Pemeriksaan kesihatan ke atas murid tahun 6


Persiapan pihak Jabatan Kesihatan berangkat pulang