Sunday, November 28, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010


            Pada 12hb November 2010, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2010. Majlis ini diadakan adakah bagi memberi perhargaan ke atas murid yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sukan dan jawatan yang disandang oleh murid-murid yang terlibat. Pada perancangan awalnya majlis ini sepatutnya di adakan pada 16hb November 2010, tetapi terpaksa diawalkan kerana pada minggu terakhir tersebut ramai guru terlibat dengan kursus-kursus yang di anjurkan oleh PPD Sri Aman.
Penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang 
             Majlis anugerah ini dijalankan serba ringkas tetapi meriah dengan pemberian hadiah kepada murid-murid yang berjaya tampa melibatkan jemputan ibu bapa akibat kekangan masa. Berikut serba sedikit suasana sepanjang majlis ini dijalankan.
 Sebahagian murid yang menerima anugerah cemerlang

No comments:

Post a Comment