Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011


            Pada 16 Mei 2011, Sekolah SK Nanga Skrang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Walaupun sambutan yang diadakan ini adalah sederhana tetapi majlis ini tetap meriah. Antara aktiviti yang diadakan adalah majlis memotong kek, persembahan daripada murid,sesi bertukar-tukar hadiah, sesi bergambar, tanyangan video dan banyak lagi. Berikut adalah serba sedikit suasana di majlis tersebut.


Dari kiri, Hadapan: Pn. Rosita Mergie (Guru), Pn. Dayang Adlizawati (Guru), Pn. Pilling (PK 1), En. Tada (Guru Besar), En Bujang Genchang (PK HEM), Cik Noorzihan (Guru), Cik Sharifah Nurmalisa (PT)
Dari kiri, Belakang: Pn. Fatimah, Pn. Krupak (PAR), En Jamal (Guru), En. Amir Ikhsan (Guru), En. Zainul Rahman (Guru), En. Zaiazly (Guru), En Mohamad Nazren (Guru), En Nyawin (PAR),
 En. Neal ( PA), Pn. Suhana (PPM) 









Sunday, May 15, 2011

Sukan Suka Hari Guru 2011

             Pada hari Khamis 12 Mei 2011, Warga Guru dan staf sekolah telah mengadakan sukaneka "Sukan Suka Hari Guru" bagi memeriahkan lagi suasana sambuatan Hari Guru pada 16 Mei 2011 nanti. Aktiviti ini telah bermula seawal jam 12.30 tengah hari takkala hari mendung dan berakhir pada jam 3.30 petang. Walaupun hanya 5 acara sahaja yang disediakan tetapi dengan kerjasama daripada guru-guru dan staf sokongan menyebabkan sukaneka ini dianggap berjaya.

Kumpulan Merah
 Dari kiri belakang: Kak Fatimah, Cikgu Rosita, Indai Kuling, Kak Ida
Hadapan: Cikgu Nazren, Cikgu Jamal, Cikgu Genchang 

Kumpulan Hijau
Dari kiri belakang: Uncle Ancy, Kak Ala, Kak Lily, Cikgu Zai, Uncle Lau
Hadapan: apai Kuling, Cikgu Dayang Kak Sharifah

Kumpulan Biru
Dari kiri Belakang: Tony, Cikgu Pilling, Kak Su, Cikgu Zihan
Cikgu Tada, Cikgu Amir, Cikgu Rahman, Uncle Neal

Monday, May 09, 2011

Selamat Hari Guru untuk Semua Cikgu SK Nanga Skrang

                Pada 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru untuk semua warga Guru Seluruh Malaysia. Oleh itu, kami warga Sekolah SK Nanga Skrang Sri Aman ingin mengucapkan selamat Hari Guru. Pada tahun ini, tema sambutan hari guru adalah " GURU PEBJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA".

 

Lirik Lagu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Bersatu kita menuju……paradikma yang baharu……
Satu tekat dan harapan……menyahut cabaran dunia………
Pendidik berkualiti…….demi mencapai…visi….
Dengan azam yang murni….. membentuk akhlak terpuji…..

Gu…..ru……………………
Mendidik insan dengan setulus hati………
Membimbing generasi… masa depan…….

Gu…..ru………………….
Penjana Transformasi Pendidikan Negara……………
Menjayakan hasrat yang murni….. satu Malaysia……………..

Pendidik berinovasi…… menghasilkan kreativiti….
Bersedia hadapi cabaran… arus tampa sempadan………
Pendidik yang berkualiti………. Membentuk akhlak terpuji…….
Mengimbangkan rohani….. jati diri dan jasmani……

Gu….ru……………..
Mendidik insan dengan setulus hati………
Membimbing generasi… masa depan…….

Gu…..ru………………….
Penjana Transformasi Pendidikan Negara……………
Menjayakan hasrat yang murni….. satu Malaysia……………..
Satu Malaysia……satu Malaysia…….