Monday, July 11, 2011

Gotong Royong PIBG 2011

            Selepas Mesyuarat Agong PIBG, satu gotong royong PIBG telah diadakan. Tujuan gotong royong ini diadakan adalah untuk merobohkan Astaka yang telah uzur. Selain itu, sebahagian ibu bapa ditugaskan membina rak buku untuk kelas tahun 1 dan memplaster tugu Satu Malaysia.
            Berikut adalah sebahagian suasana aktiviti gotong royong itu berjalan.....



Kerja-kerja merobohkan Astaka

 Kerja-kerja memplaster Tugu Satu Malaysia

Kerja-kerja membina dan mengemas rak fail kelas tahun 1

Monday, July 11, 2011

Mesyuarat Agong PIBG SK Nanga Skrang 2011

            Pada 11 Julai 2011, Satu Mesyuarat Agong PIBG telah diadakan. Mesyuarat kali ini menekankan tentang pemilihan jawatankuasa PIBG bagi sesi 2011/2013, program peningkatan prestasi pelajar, permasalahan murid ponteng dan keciciran, mengenai tanah dan bangunan sekolah baru, dan aktiviti gontong royong iaitu untuk meroboh astaka dan lain-lain lagi.
             Berikut adalah serba sedikit gambaran suasana Mesyuarat:-


Sunday, July 10, 2011

Lawatan Wakil PPD buat kali ke-2

            Pada 6 Julai 2011, Sekali lagi wakil PPD Sri Aman telah mengadakan lawatan ke SK Nanga Skrang. Seramai 4 orang wakil PPD ini. Mereka telah melawat keadaan bangunan sekolah, keadaan Asrama pelajar dan juga Dewan Makan. Selain itu, Mereka juga turun menyemak rekod-rekod fail kewangan, buku RPH, Program untuk pelajar UPSR dan sebagainya. Berikut adalah sebahagian suasana sepanjang lawatan mereka.

 

Friday, July 08, 2011

Bengkel Menjawab Soalan Karangan Ulasan Bahasa Melayu

             Pada 4 Julai 2011, Satu bengkel menjawab karangan ulasan Bahasa Melayu telah diadakan. Bengkel ini terbuka kepada murid tahap 2 yang melibatkan murid tahun 4, 5, dan 6. Bengkel ini telah berjalan selama 3 jam. Dalam bengkel ini, murid didedahkan tentang cara mencari nilai-nilai murni atau pengajaran, menerangkan cara penggunaan 6K dalam membuat ulasan. Penceramah yang memberi kan benkel ini ialah cikgu Rosita Mergie dan dibantu oleh Cikgu Zainul Rahman. Melalui bengkel ini, murid dapat mengetahui serba sedikit kaedah menjawab soalan ulasan dengan betul dan mudah. Dengan ini, diharap murid-murid tahun 6 dapat mempraktikkan apa yang dipelajarinya ini sewaktu menduduki Ujian UPSR tidak lama lagi.
             Berikut adalah serba sedikit gambaran sewaktu bengkel tersebut:-
 Guru memberi penerangan selepas tayang kaedah menjawab soalan diberikan

Thursday, July 07, 2011

Majlis Penyerahan Wang KWAPM

            Pada 2 Julai 2011, satu majlis penyerahan wang KWAPM telah diadakan secara ringkas di SK Nanga Skrang. Majlis ini diadakan selepas Larian Serentak 1 Murud 1 Sukan 1 Malaysia. walaupun majlis ini diadakan secara ringkas tetapi ianya tetap meriah. Penyerahan Wang KWAPM ini melibat kan murid tahun 3, 4, 5 dan 6 sahaja.

 Penerangan daripada PA, PK1,dan GB sebelum penyerahan wang KWAPM
 Sebahagian ibu bapa dan penjaga yang hadir

Antara ibu bapa dan penjaga yang menerima wang KWAPM

Wednesday, July 06, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011

 
            Bagi menyahut suruhan Kementerian Pelajaran, pada 2 Julai 2011 SK Nanga Skrang telah mengadakan Larian Serentak 1 murid 1 Sukan 1 Malaysia yang diadakan serentak seluruh Malaysia. Cara larian ini telah bermula pada jam 7.00pagi bagi sesi pendaftaran murid, ibu bapa dan penjaga. Kemudian, kira-kira jam 7.15pagi sedikit penerangan telah diberikan kepada para peserta tentang larian yang akan diadakan. Pada jam 7.30pagi, aktiviti pertama telah dijalankan iaitu senamanrobik yang diketuai oleh cikgu Dayang. Setelah tepat jam 7.45pagi, semua peserta telah memulakan Larian Serentak 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia. Larian sejauh 1.5km telah dijalankan di padang sekolah sebanyak 8kali pusingan. Selepas larian ini, murid-murid dibawa melihat pameran sukan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Pendaftaran Para Peserta 
  
Senamrobit sebelum memulakan larian
Larian 1 Murid 1Sukan 1Malaysia bermula
Larian berlangsung

Penyerahan minuman kepada peserta
Murid bergambar kenangan

Antara guru dan staf yang terlibat
  
Antara ibu bapa dan penjaga yang turut serta


Murid melihat pameran yang disediakan oleh pihak sekolah

Saturday, July 02, 2011

Minggu Pemeriksaan Gigi 2011

            Pada 22 Jun 2011, Sekali lagi SK Nanga Skrang telah di kunjungi oleh wakil Jabatan Kesihan bagi Pemeriksaan Gigi. Mereka telah berkampung di SK Nanga Skrang selama 4 hari untuk memeriksa kesihatan gigi murid-murid SK Nanga Skrang. Berikut adalah beberapa peristiwa sepanjang pemeriksaan gigi.


 Pemeriksaan gigi sedang dijalankan

 Jururawat menunjukkan cara-cara membersih gigi yang betul
Pada hari terakhir, tayangan video tentang pentingnya menjaga kesihatan gigi telah dipertontonkan kepada murid-murid.