Friday, August 26, 2011

Perhimpuan Pertama di Luar Kelas

            Pada 17 Ogos 2011, SK Nanga Skrang telah berjaya mengadakan perhimpunan mingguan di luar bangunan sekolah. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan pertama di luar bangunan pada tahun ini. Hal ini kerana kawasan sekolah selalu dinaiki oleh air pasang benar yang menyebabkan kawasan sekolah becak dan berlumpur.

 

Saturday, August 13, 2011

Lawatan Wakil PPD buat kali ke-3

            Pada 11 Ogos 2011, enam orang wakil dari PPD telah datang ke SK Nanga Skrang. Dua orang dari Unit UPA dan empat orang lagi ialah fasi LINUS. Lawatan kali ini adalah bertujuan untuk melihat perkembangan terkini keadaan murid LINUS tahun 1 bagi saringan 2 dan juga fail-fail LINUS yang ada. Selain itu, mereka juga turut menyemak buku rekod mengajar.
            Berikut adalah serba sedikit suasana sepanjang lawatan wakil PPD Sri Aman;   
Perbincangan antara Fasi LINUS dengan guru LINUS
Pemeriksaan buku rekod oleh wakil Unit UPA
Bergambar kenangan wakil PPD dengan pihak sekolah
Sewaktu wakil PPD nak pulang dari sekolah.... 
(sewaktu pulang mereka sempat bertembung dengan ombak benak)


           

Monday, August 08, 2011

Lawatan Pengawai Polis Sri Aman Ke Sekolah

            Pada 2 Ogos 2011, SK Nanga Skrang telah di datangi oleh 3 orang Pengawai Polis. Pegawai tersebut melawat kawasan sekolah bertujuan untuk melihat kawasan persempadanan bagi jajahan Balai Polis Sri Aman. Selain itu, mereka juga turut melihat kawasan sekolah untuk melihat tahap keselamatan kawasan sekolah daripada ancaman luar.


Sunday, August 07, 2011

Musim Mengibarkan Jalur Gemilang

            Hari Kebangsaan menjelma lagi. Pada tahun ini, Sambutan Hari Kebangsaan berkongsi dengan Perayaan Hari Raya Puasa. Semperna bulan kemerdekaan ini, tibalah masanya pihak sekolah menyahut suruhan kerajaan agar mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Berikut adalah sebahagian bendera yang telah berkibar di SK Nanga Skrang........^ , <


Sunday, August 07, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuching 2011

            Pada 29 Julai hingga 31 Julai 2011, SK Nanga Skrang telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuching selama 3 hari 2 malam. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid tahun Enam sebelum mengahadapi peperiksaan UPSR. Semasa lawatan murid dapat melawat pelbagai tempat menarik seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Taman Okid, Kampung Budaya, Muzium Negeri dan banyak lagi.
            Pelbagai aktiviti suka duka berlaku sepanjang lawatan ini. Berikut adalah sebahagian lawatan kami ke Bandaraya Kuching.

 Semasa lawatan Lampangan Terbang Antarabangsa Kuching
 Semasa berada di Gua Angin
 
            Semasa lawatan ke Muzium Negari

 Bergambar dihadapan pintu gerbang Kampung Budaya
 Semasa berada di rumah kaum cina
 Berehat di rumah orang Ulu
 Semasa berada dalam Teater Kebudayaan
 Persembahan kebudayaan di adakan
Murid turut menari di atas pentas