Monday, October 28, 2013

Aktiviti selepas UPSR 2013

Pada tahun ini, banyak program yang telah dirancang dan akan dijalankan selepas peperiksaan UPSR. Ia bertujuan untuk mengisi masa lapang murid-murid Tahun 6 dan sekaligus menambahkan pengalaman mereka dalam aktiviti akademik dan bukan akademik. Selain itu, murid Tahun 1 hingga Tahun 5 terlibat dengan aktiviti ini sepenuhnya selepas menduduki Peperiksaan Akhir Tahun pada awal Oktober.
         
            Antara akt yang telah dijalankan ialah:
1. Pertandingan Futsal 5 Sebelah
2. Pertandingan Bintang Kecil
3.Pertandingan Ratu Cantik
4. Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah
5. Temasya Sukan Sekolah
6. Kem Membaca 1 Murid

Sunday, July 14, 2013

Demontrasi Pencegahan Kebakaran 2013

            Susulan daripada peristiwa kebakaran di SMK Semanggan pada 8 Julai 2013 baru-baru ini, pihak sekolah sekali lagi telah mengadakan demontrasi pencegahan kebakaran untuk warga SKNS.
            Pada kali ini, demontrasi telah di adakan pada waktu persekolahan yang melibatkan semua murid iaitu murid harian dan juga asrama. Berikut adalah serba sedikit peristiwa sepanjang aktiviti ini.
 Penerangan daripada Penyelia Asrama Tentang Aspek Keselamatan sewaktu Kebakaran

Sunday, July 14, 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sri Aman

             Pada 5 Julai 2013, Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman telah mengadakan Majlis Makan Malam semperna Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sri Aman. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Hajah Simoi binti Haji Peri wakil rakyat Dun Lingga.
             Majlis ini juga dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Pelajaran Daerah Sri Aman, En Bihud.
 PPD Sri Aman En Bihud
             Dalam Majlis Makan Malam ini turut di hiburkan dengan persembahan yang disampaikan oleh pelajar-pelajar sekolah. Dalam majlis ini juga sekolah SK Nanga skrang turut menerima Sijil Perhargaan daripada PPD Sri Aman.
 En Francis Berayan Guru Besar SKNS menerima sijil perhargaan
Sempat bergambar kenang-kenangan bersama bekas PK1 SKNS

Sunday, July 14, 2013

Kehadiran Guru Baru tahun 2013

                Pada 1Julai 2013, Sekolah SKNS telah menerima 3 guru baru iaitu 2 guru interim yang mendapat jawatan tetap dan seorang guru baharu dari semenanjung..
                Guru baharu dari semenanjung ini telah dijemput oleh Guru Penolong Kanan 1 ke sekolah.
12 Mac 2013
Guru Interim      : Cik Azianty binti Aji (Sabah)
                              Pn. Conelia anak Ragun (Sarawak)
01 Julai 2013
Guru PPPS         : Cik Azianty binti Aji
                               Pn. Conelia anak Ragum
                               En Ahmad Mahfuz (Kedah)

Walau bagaimanapun... Warga sekolah juga telah kehilangan 2 orang guru yang beribawa dan berdedikasi...
Mereka telah dipindahkan ke sekolah baru iaitu:
                  Cik Noorzihan pulang ke Kedah
                  En. Zainul Rahman pulang ke Terengganu.

Demikianlah patah tumbuh hilang berganti.....

Berikut adalah wajah-wajah guru baru....
 Cikgu Mahfuz
 Cikgu Azianty dan Cikgu Conelia