Thursday, November 24, 2016

Majlis Perpisahan Murid Tahun 6

Majlis perpisahan bersama murid Tahun 6 telah diadakan pada 24 November 2016.

Kek istimewa

Acara memotong kek bersama guru kelas.


Jamuan kecil-kecilan.


Farewell anak-anak semoga segala ilmu yang diperolehi selama 6 tahun menuntut di SKNS dapat menjadi bekalan dalam menempuhi hari-hari mendatang. Semoga berjaya dan menjadi kebanggaan ibubapa dan guru-guru SKNS.

Thursday, September 08, 2016

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2016

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri bagi 2016 telah diadakan di Sri Aman pada 31hb Ogos. Sambutan tersebut telah di Kompleks Sukan Sri Aman. Majlis perasmian sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Hadir sama pada majlis berkenaan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Adenan Satem, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, isteri ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg, Tan Sri Datuk Amar James Masing serta menteri dan menteri muda Sarawak yang lain.

Guru Besar En. Benet dan PK KK En. Simon telah terlibat secara langsung kerana mengikuti perbarisan mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

We are so proud of you both! Hehe....
En. Benet dan En. Simon segak bergaya mengenakan baju uniform TKRS lengkap.

Monday, September 05, 2016

Majlis Restu Ilmu Tahun 6

Pada 2 September 2016, Majlis Restu Ilmu bagi murid-murid Tahun 6 telah berlangsung di SKNS. Majlis tersebut bertujuan untuk mendapat keberkatan atas segala usaha guru-guru dan murid-murid agar berlapang dada semasa menduduki peperiksaan pada 5hb September 2016.











Tuesday, August 30, 2016

Sambutan Ambang Merdeka SKNS 2016

Sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah SKNS telah diadakan pada 30hb Ogos 2016. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah di bawah kelolaan Puan Rosita.

Pengisian program termasuk:
-perarakan mengelilingi sekolah dan keluar hingga ke Kg. Teluk Sebuyau
-aktiviti mewarna poster Merdeka
- kuiz Merdeka

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program yang meriah ini.


Tuesday, August 30, 2016

Dashboard SKNS

Dashboard sekolah telah disiapkan dengan kerjasama seluruh warga SKNS pada awal tahun.

Terima kasih atas kerjasama semua.





Tuesday, August 30, 2016

Ujian Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Tahun Enam 2016

Ujian Aptitud atau Ujian Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) untuk murid Tahun 6 telah dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Wednesday, August 24, 2016

Lawatan Penyerahan Token Alatulis UPSR

Pada 25hb Ogos 2016, SKNS telah dilawati oleh 2 orang tetamu iaitu Encik Albert Kambun (Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Sri Aman) dan Encik Mohamad bin Bujang (Pusat Kegiatan Guru Sri Aman). Tujuan kedatangan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi motivasi dan token berupa alatulis kepada anak-anak tahun 6 yang bakal menduduki UPSR.

Ini merupakan a pleasant surprise bukan sahaja untuk murid-murid malah untuk semua warga SKNS. Seperti biasa kehadiran semua tetamu ke SKNS akan disambut dengan gembira dan ceria.


Tuesday, August 23, 2016

Penerimaan Tablet Huawei Guru SKNS

Pada 22hb Ogos, Cikgu Ahmad Razki dan Cikgu Mohd Nor telah diwakilkan untuk mengambil Tablet Huawei guru-guru di PKG Sri Aman. Beliau berdua telah membawa kembali tablet ke sekolah dan sampai kira-kira pada pukul 1 petang.


Saturday, August 20, 2016

Program Inspirasi UPSR 2016 Anjuran YAPEIM

Pada hari Sabtu, 20hb Ogos 2016, SKNS telah dijemput untuk menghantar 5 orang murid dan ibu/bapa ke Dewan Suarah Sri Aman untuk menyertai Program Inspirasi UPSR. Program ini merupakan anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan PPD Sri Aman. Kumpulan murid bertuah ini telah diiringi oleh Cik Ursula.


Tuesday, August 16, 2016

Jadual Peperiksaan UPSR 2016

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2015. Peperiksaan UPSR akan dilangsungkan selama 5 hari bermula dari 5 hingga 8 September 2016.

Tuesday, August 16, 2016

Enrolmen Sekolah 2016

Enrolmen murid SK Nanga Skrang berakhir Ogos 2016 adalah seperti di bawah:

Thursday, July 21, 2016

Peperiksaan Percubaan UPSR (AR3) 2016

Peperiksaan Percubaan UPSR (AR3) 2016 telah diadakan pada 18 hingga 21 Julai 2016.


Selamat Maju Jaya!

Tuesday, June 28, 2016

Lawatan Sukarelawan dari Rockhampton, Queensland, Australia

Pelajar dari Rockhampton, Queensland Australia telah mengadakan lawatan sukarela pada 20 hingga 26 Jun 2016.


Antipodeans Abroad is an educational non-governmental and non-political organization that mainly focuses on bringing students for overseas volunteer work, and language exchange programmes to exciting destinations and communities around the world.  One of their programmes is to bring students for friendly visits and community service works especially construction and development projects, such as repairing and repainting of old school buildings in the rural areas of host countries.

Monday, May 16, 2016

Majlis Sambutan Hari Guru 2016 Peringkat Sekolah

Hari Guru peringkat sekolah telah disambut dengan meriah nya pada 16 Mei 2016. Tema Sambutan Hari Guru tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Majlis telah diadakan di Dewan Awang Raweng dengan penuh gilang-gemilang.

Terima kasih di atas sokongan semua yang menjayakan sambutan Hari Guru tahun ini!

Terima kasih, cikgu...

Wednesday, April 27, 2016

Bengkel GROW

Bengkel GROW telah dikelolakan oleh PK1 En. Panggie anak Basi bertempat di kelas Tahun 6. 

Di antara intipati taklimat tersebut adalah penjelasan GROW dan pengisian maklumat mengikut matapelajaran, i-Think dan Dialog Prestasi. 


Wednesday, April 27, 2016

Aktiviti TKRS - Bantu Mula

Tarikh: 27 April 2016 (Rabu)
Modul: Bantu Mula
Kehadiran muid: 19 orang

Guru-guru Penasihat:
Cik Ursula Syndon anak Gilbert Laja
Cik Mary Jati anak Endawie

TAHUN 4
TAHUN 5
   i.            Pengenalan Peti Bantu Mula
  ii.            Rawatan Kecil ;
-          mencuci luka
-          balutan luka
-          pengenalan anduh
 i. Merawat luka-luka kecil
ii. Anduh
iii. Membantu rakan ;
     - rawatan kecil
     - anduh.

Wajah ceria ahli TKRS SKNS

Monday, April 25, 2016

Program Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit 2016

Unit PSS dan Nilam SKNS telah menjalankan Program Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit telah di SKNS pada hari ini 25 April 2016.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendorong rakyat Malaysia membaca dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Program tersebut telah melibat semua murid Pra Sekolah hingga ke Tahun 6 serta semua warga SKNS.


Wednesday, April 20, 2016

English Camp

ENGLISH CAMP 2016
Date: 19 - 20 April 2016 
Theme: English Around The World
Involvement: Year 4, 5 and 6 pupils

FACILITATORS:
Mdm Jenny Bong
Mr Panggie anak Basi
Mr George Joseph Asing
Mr Ahmad Razki anak Sedi
MIss Ursula Syndon anak Gilbert Laja

Friday, April 15, 2016

Professional Learning Community Siri 1 2016

PLC bagi tahun 2016 adalah di bawah kelolaan Panitia Bahasa Malaysia. Pada 14 April 2016, Panitia Bahasa Malaysia telah mengadakan PLC Siri 1.

Tuesday, April 12, 2016

Majlis Perpisahan Puan Krupak

Majlis perpisahan sempena persaraan Puan Krupak diadakan pada 11 April 2016. Beliau telah berkhidmat di SKNS selama 39 tahun.


free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com