Tuesday, August 30, 2016

Sambutan Ambang Merdeka SKNS 2016

Sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah SKNS telah diadakan pada 30hb Ogos 2016. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah di bawah kelolaan Puan Rosita.

Pengisian program termasuk:
-perarakan mengelilingi sekolah dan keluar hingga ke Kg. Teluk Sebuyau
-aktiviti mewarna poster Merdeka
- kuiz Merdeka

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program yang meriah ini.


Tuesday, August 30, 2016

Dashboard SKNS

Dashboard sekolah telah disiapkan dengan kerjasama seluruh warga SKNS pada awal tahun.

Terima kasih atas kerjasama semua.





Tuesday, August 30, 2016

Ujian Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Tahun Enam 2016

Ujian Aptitud atau Ujian Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) untuk murid Tahun 6 telah dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Wednesday, August 24, 2016

Lawatan Penyerahan Token Alatulis UPSR

Pada 25hb Ogos 2016, SKNS telah dilawati oleh 2 orang tetamu iaitu Encik Albert Kambun (Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Sri Aman) dan Encik Mohamad bin Bujang (Pusat Kegiatan Guru Sri Aman). Tujuan kedatangan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi motivasi dan token berupa alatulis kepada anak-anak tahun 6 yang bakal menduduki UPSR.

Ini merupakan a pleasant surprise bukan sahaja untuk murid-murid malah untuk semua warga SKNS. Seperti biasa kehadiran semua tetamu ke SKNS akan disambut dengan gembira dan ceria.


Tuesday, August 23, 2016

Penerimaan Tablet Huawei Guru SKNS

Pada 22hb Ogos, Cikgu Ahmad Razki dan Cikgu Mohd Nor telah diwakilkan untuk mengambil Tablet Huawei guru-guru di PKG Sri Aman. Beliau berdua telah membawa kembali tablet ke sekolah dan sampai kira-kira pada pukul 1 petang.


Saturday, August 20, 2016

Program Inspirasi UPSR 2016 Anjuran YAPEIM

Pada hari Sabtu, 20hb Ogos 2016, SKNS telah dijemput untuk menghantar 5 orang murid dan ibu/bapa ke Dewan Suarah Sri Aman untuk menyertai Program Inspirasi UPSR. Program ini merupakan anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan PPD Sri Aman. Kumpulan murid bertuah ini telah diiringi oleh Cik Ursula.


Tuesday, August 16, 2016

Jadual Peperiksaan UPSR 2016

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2015. Peperiksaan UPSR akan dilangsungkan selama 5 hari bermula dari 5 hingga 8 September 2016.

Tuesday, August 16, 2016

Enrolmen Sekolah 2016

Enrolmen murid SK Nanga Skrang berakhir Ogos 2016 adalah seperti di bawah: