Wednesday, August 24, 2016

Lawatan Penyerahan Token Alatulis UPSR

Pada 25hb Ogos 2016, SKNS telah dilawati oleh 2 orang tetamu iaitu Encik Albert Kambun (Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Sri Aman) dan Encik Mohamad bin Bujang (Pusat Kegiatan Guru Sri Aman). Tujuan kedatangan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi motivasi dan token berupa alatulis kepada anak-anak tahun 6 yang bakal menduduki UPSR.

Ini merupakan a pleasant surprise bukan sahaja untuk murid-murid malah untuk semua warga SKNS. Seperti biasa kehadiran semua tetamu ke SKNS akan disambut dengan gembira dan ceria.


Upacara kecil-kecilan untuk menyerahkan alatulis kepada murid-murid telah diadakan di dalam kelas Tahun 6.

Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar

Encik Albert Kambun dan Encik Mohamad begilir-begilir menyampaikan kata-kata perangsang dan motivasi kepada murid-murid

Penyampaian token kepada murid-murid



Guru kelas menerima token mewakili anak murid yang tidak hadir

Seluruh warga SKNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Albert dan Encik Mohamad kerana sudi datang ke sekolah kami.

Sesungguhnya kehadiran kalian berdua serta pemberian token yang membawa seribu makna ini telah menaikkan semangat bukan sahaja semua calon UPSR malah warga kerja SKNS.












No comments:

Post a Comment