Saturday, August 20, 2016

Program Inspirasi UPSR 2016 Anjuran YAPEIM

Pada hari Sabtu, 20hb Ogos 2016, SKNS telah dijemput untuk menghantar 5 orang murid dan ibu/bapa ke Dewan Suarah Sri Aman untuk menyertai Program Inspirasi UPSR. Program ini merupakan anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan PPD Sri Aman. Kumpulan murid bertuah ini telah diiringi oleh Cik Ursula.



Program tersebut termasuk motivasi kepada ibubapa dan diikuti klinik UPSR mengikut matapelajaran untuk murid-murid. 

Makan minum peserta dan ibubapa sepanjang program ini adalah ditanggung oleh YAPEIM. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak YAPEIM dan PPD Sri Aman di atas jemputan ini. 

Semoga klinik ini dapat menambahkan kefahaman dan kesediaan murid SKNS untuk menempuh UPSR yang bakal menjelma.

Tentatif program


Pendaftaran pada pukul 7 pagi

Pendaftaran peserta

Monicher, Ezra, Rose Ema, Sim Li Mei dan Dexter mengambil tempat duduk


Slot Motivasi Ibubapa oleh Dr Shafie bin Hj Lugom

Slot Bahasa Inggeris


No comments:

Post a Comment