Thursday, September 08, 2016

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2016

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri bagi 2016 telah diadakan di Sri Aman pada 31hb Ogos. Sambutan tersebut telah di Kompleks Sukan Sri Aman. Majlis perasmian sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Hadir sama pada majlis berkenaan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Adenan Satem, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, isteri ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg, Tan Sri Datuk Amar James Masing serta menteri dan menteri muda Sarawak yang lain.

Guru Besar En. Benet dan PK KK En. Simon telah terlibat secara langsung kerana mengikuti perbarisan mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

We are so proud of you both! Hehe....
En. Benet dan En. Simon segak bergaya mengenakan baju uniform TKRS lengkap.

Monday, September 05, 2016

Majlis Restu Ilmu Tahun 6

Pada 2 September 2016, Majlis Restu Ilmu bagi murid-murid Tahun 6 telah berlangsung di SKNS. Majlis tersebut bertujuan untuk mendapat keberkatan atas segala usaha guru-guru dan murid-murid agar berlapang dada semasa menduduki peperiksaan pada 5hb September 2016.