Thursday, September 08, 2016

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2016

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri bagi 2016 telah diadakan di Sri Aman pada 31hb Ogos. Sambutan tersebut telah di Kompleks Sukan Sri Aman. Majlis perasmian sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Hadir sama pada majlis berkenaan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Adenan Satem, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, isteri ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg, Tan Sri Datuk Amar James Masing serta menteri dan menteri muda Sarawak yang lain.

Guru Besar En. Benet dan PK KK En. Simon telah terlibat secara langsung kerana mengikuti perbarisan mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

We are so proud of you both! Hehe....
En. Benet dan En. Simon segak bergaya mengenakan baju uniform TKRS lengkap.
En. Simon semasa perbarisan.


Barisan wakil  Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak terdiri dari barisan pentadbir sekolah-sekolah Sri Aman.


Kira-kira 10,000 masyarakat setempat di sekitar Sri Aman memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak tahun ini.

sebanyak 80 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan berserta 5,000 peserta telah mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Hari Kebangsaan

Sambutan penuh warna-warni Hari Kebangsaan turut dimeriahkan dengan gabungan persembahan para pelajar tiga sekolah menengah di Sri Aman iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang, SMK Saint Luke dan SMK Sri Aman serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

No comments:

Post a Comment