Friday, November 10, 2017

Perkembangan Projek IBS SKNS

Perkembangan terkini projek IBS di SKNS. Gambar diambil pada 8 November 2017. So far so good :)


Tuesday, September 12, 2017

Sambutan Hari Lahir Murid Asrama (Mei - Sept 2017)

Majlis sambutan harijadi murid asrama bagi kelahiran Mei hingga September telah diadakan pada 11 September 2017. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan asrama atas usaha menjayakan majlis ini.

Wednesday, September 06, 2017

Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan

Pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan 2017 telah dianjurkan oleh Panitia PSV dan PSS.

Pemenang-pemenang pertadingan tesebut:


Wednesday, August 16, 2017

Bulan Kemerdekaan 2017

Saban tahun menjelang hari kemerdekaan, SKNS akan dihiasi dengan bendera-bendera kecil dan hiasan berunsur kemerdekaan. Tahun ini juga, pihak PSS  dengan kolaborasi panitia-panitia telah merancang beberapa aktiviti sempena bulan kemerdekaan. 

Aktiviti seumpama ini bertujuan menerapkan unsur patriotisme dan cinta akan negara di dalam diri murid-murid dan seluruh warga SKNS.

Tuesday, August 08, 2017

Pembinaan Blok Kelas Melalui IBS

Hari yang bersejarah bagi SKNS dimana ia menandakan permulaan pembinaan blok kelas yang baharu. Pembinaan tersebut dilakukan melalui IBS (Industrialised Building System).

Projek menaik taraf 30 sekolah daif di seluruh negeri Sarawak akan disiapkan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr Khair Mohammad Yusoff. Katanya, keseluruhan projek yang dibahagikan kepada beberapa pakej menelan kos kira-kira RM90 juta dan akan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS). (Sumber: Berita Harian Online).

Warga SKNS berasa amat bersyukur di atas perkembangan ini dan tidak sabar untuk menggunakan bangunan yang baharu pada tahun hadapan.

Friday, March 31, 2017

Sambutan Hari Lahir Murid Asrama (Jan - Mac)

Pada Khamis 30 Mac, sambutan hari lahir murid-murid asrama bagi bulan Januari, Februari dan Mac telah diadakan.

 Sambutan ini telah  dijayakan oleh GB dan keluarga beliau, PK HEM, PPM dan waden-waden. Sambutan ini telah dilengkapi lagi dengan kehadiran wakil dari Scripture Union Sarawak yang telah memberkati majlis ini dengan ceramah keagamaan khas bagi murid-murid beragama Kristian.

Backdrop

Tuesday, February 21, 2017

Lawatan Staf Pergigian

Staf Pergigian daerah Sri Aman telah datang berkampung selama seminggu di SKNS.
Lawatan rutin tersebut telah berlangsung mulai 20 hingga 24 Februari 2017. Pihak SKNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf dental yang sudi datang berkampung di sekolah kami.




Bimbingan memberus gigi dengan cara yang betul

Tuesday, February 14, 2017

Program Bersama Ibubapa Murid LINUS

Program bersama ibubapa murid LINUS telah diadakan pada 13 Februari 2017 dengan tema "Saya Sayang Anak Saya". Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan ibubapa/penjaga murid LINUS agar sentiasa peka dengan pencapaian anak mereka. 

Program tersebut juga melibatkan bengkel LINUS yang terdiri daripada Bengkel Literasi Bahasa Melayu, Bengkel Literasi Bahasa Inggeris dan Bengkel Numerasi.  Bengkel tersebut telah dijalankan oleh Ketua Panitia bagi matapelajaran tersebut. Di dalam bengkel tersebut ibubapa dan penjaga telah didedahkan kepada bagaimana mereka dapat membantu meningkatkan pencapaian anak dengan memainkan peranan sebagai pemudahcara pembelajaran anak-anak di rumah.

Ibubapa juga didedahkan kepada matlamat sekolah ke arah sifar LINUS dan diseru agar memberi kerjasama sebaik mungkin agar matlamat ini dapat dicapai.

Monday, February 06, 2017

Program Jom Ke Sekolah

Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap, Program ‘Jom Ke Sekolah 2017’ dilancarkan di seluruh negara termasuk di SKNS. Program ini telah diadakan pada 6 Februari 2017. Ia bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama lebih mantap antara pihak sekolah dan PDRM yang diwakili oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

PPS yang telah ditetapkan untuk SKNS adalah KPL Aslizam bin Matsah dari Balai Polis Daerah Sri Aman. Antara tugas PPS ialah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan jika perlu, melakukan rondaan atau lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberi ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah.

Kerjasama PPS dan pihak sekolah menjayakan Program Jom Ke Sekolah dapat menangani sebarang isu atau masalah disiplin di kalangan murid melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-sekolah. Ini hasil daripada kesedaran bahawa keselamatan sekolah sangat mempengaruhi suasana pembelajaran murid sekali gus melalui program dirancang menyemai sikap kesedaran murid terhadap tanggungjawab mereka kepada sekolah dan negara.



Backdrop

Group photo.

SKNS mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang menjayakan program ini terutama pihak Balai Polis Sri Aman.

Wednesday, January 25, 2017

Sumbangan Persendirian Daripada Cik Daphne Yap dan rakan-rakan

Setinggi-tinggi penghargaan buat Cik Daphne Yap dan rakan-rakan yang telah menyumbangkan RM1000 untuk pembelian buku-buku bagi murid-murid SKNS. Buku tersebut terdiri dari buku cerita kanak-kanak dan ensiklopedia dan telah ditempatkan di Pusat Sumber sekolah.

Dengan itu pihak SKNS telah menganugerahkan sijil penghargaan yang telah diserahkan sendiri oleh tuan Guru Besar kepada Cik Daphne Yap.