Tuesday, February 21, 2017

Lawatan Staf Pergigian

Staf Pergigian daerah Sri Aman telah datang berkampung selama seminggu di SKNS.
Lawatan rutin tersebut telah berlangsung mulai 20 hingga 24 Februari 2017. Pihak SKNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf dental yang sudi datang berkampung di sekolah kami.




Bimbingan memberus gigi dengan cara yang betul

Tuesday, February 14, 2017

Program Bersama Ibubapa Murid LINUS

Program bersama ibubapa murid LINUS telah diadakan pada 13 Februari 2017 dengan tema "Saya Sayang Anak Saya". Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan ibubapa/penjaga murid LINUS agar sentiasa peka dengan pencapaian anak mereka. 

Program tersebut juga melibatkan bengkel LINUS yang terdiri daripada Bengkel Literasi Bahasa Melayu, Bengkel Literasi Bahasa Inggeris dan Bengkel Numerasi.  Bengkel tersebut telah dijalankan oleh Ketua Panitia bagi matapelajaran tersebut. Di dalam bengkel tersebut ibubapa dan penjaga telah didedahkan kepada bagaimana mereka dapat membantu meningkatkan pencapaian anak dengan memainkan peranan sebagai pemudahcara pembelajaran anak-anak di rumah.

Ibubapa juga didedahkan kepada matlamat sekolah ke arah sifar LINUS dan diseru agar memberi kerjasama sebaik mungkin agar matlamat ini dapat dicapai.

Monday, February 06, 2017

Program Jom Ke Sekolah

Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap, Program ‘Jom Ke Sekolah 2017’ dilancarkan di seluruh negara termasuk di SKNS. Program ini telah diadakan pada 6 Februari 2017. Ia bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama lebih mantap antara pihak sekolah dan PDRM yang diwakili oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

PPS yang telah ditetapkan untuk SKNS adalah KPL Aslizam bin Matsah dari Balai Polis Daerah Sri Aman. Antara tugas PPS ialah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan jika perlu, melakukan rondaan atau lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberi ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah.

Kerjasama PPS dan pihak sekolah menjayakan Program Jom Ke Sekolah dapat menangani sebarang isu atau masalah disiplin di kalangan murid melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-sekolah. Ini hasil daripada kesedaran bahawa keselamatan sekolah sangat mempengaruhi suasana pembelajaran murid sekali gus melalui program dirancang menyemai sikap kesedaran murid terhadap tanggungjawab mereka kepada sekolah dan negara.



Backdrop

Group photo.

SKNS mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang menjayakan program ini terutama pihak Balai Polis Sri Aman.