Tuesday, April 26, 2016

Piagam Pelanggan

Bahawa kami warga SK Nanga Skrang, Sri Aman dengan penuh komitmen serta berjanji untuk memberi perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:

A. Murid
  
1. Memberi pendidikan yang terbaik serta menyeluruh mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian berterusan mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan AJK Panitia mata pelajaran di sekolah.

3.Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, harmoni serta  mesra.

4. Memastikan kebajikan dan keselamatan murid dititikberatkan pada setiap masa.

5. Melaksanakan kegiatan ko-kurikulum secara berkesan.



B. Guru dan Kakitangan Sokongan

 *   Memastikan setiap guru dan kakitangan sokongan dilayan secara adil dan saksama.

 *   Mematuhi segala arahan dan dasar yang ditetapkan. 

C. Waris

1.  Memberikan maklum balas sewajar terhadap semua urusan pelanggan dengan kadar segera.

2.  Memastikan ibubapa/ penjaga yang berurusan di kaunter, mendapat layanan mesra serta diselesaikan
     dalam masa 15 minit.

3.  Setiap aduan akan disiasat dan dimaklumkan dalam tempoh 2 hari.

D. Jabatan Pelajaran

1.  Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Kuching, Pejabat Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat maklum balas dalam tempoh 3hari.

***Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan bolehlah berjumpa dengan GuruBesar atau mana-mana Penolong Kanan di sekolah kami***


No comments:

Post a Comment