Saturday, January 30, 2010

Aktiviti Pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

 
Kerja-kerja penyemburan ubat anti-bakteria
         Pada 21 Januari 2010, pihak sekolah telah menjalankan aktiviti pencegahan penyakit tangan , kaki dan mulut. Ia bertujuan untuk mengelakkan penyakit ini merebak kepada murid-murid di sekolah ini. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menyemburkan ubat anti-bakteria di sekitar kawasan sekolah dan kelas-kelas. Selain itu, aktiviti mencuci tangan dan kaki dengan betul turut dijalankan.
 
Aktiviti mencuti   tangan dan kaki dengan betul

Saturday, January 30, 2010

Mesyuarat PIBG Kali Pertama 2010

 
 Barisan AJK PIBG
             Pada 20 Januari 2010, satu mesyuarat PIBG telah diadakan buat kali pertama pada tahun 2010 ini. Mesyuarat ini diadakan untuk menandatangani akujanji ibubapa, guru dan murid bagi meningkatkan lagi kecermelangan murid di sekolah ini. Selain itu, agenda lain yang dibincangkan adalah pembinaan jambatan baru secara gontong-royong.
  
Kehadiran ibu bapa dan murid-murid 


Ucapan daripada pengerusi majlis

Saturday, January 30, 2010

Lawatan Wakil PPD Sri Aman Kali ke Dua

 
 Wakil PPD yang hadir untuk lawatan susulan
           Selepas dua minggu kedatangan wakil PPD dari Bahagian Akademik, Satu lagi rombongan dari PPD Sri Aman telah datang ke sekolah kami. Kedatangan mereka adalah susulan daripada lawatan pertama yang di buat pada minggu pertama persekolahan 2010.
 

  

Saturday, January 30, 2010

Hari Perhimpunan Pertama Sekolah 2010

 
            Pada minggu pertama persekolahan, satu perhimpunan mingguan telah diadakan pada hari Rabu, 06hb Januari 2010. Pada kali ini juga, Guru Penolong Kanan Satu, Cikgu Pilling turut membaca teks ucapan daripada Menteri Pelajaran Malaysia sebagai pembuka persekolahan baru 2010.
 
Guru PK1 Cikgu Pilling sedang membaca teks ucapan

 
Murid-murid mendengar ucapan yang di sampaikan semasa perhimpunan mingguan


Thursday, January 28, 2010

Saturday, January 23, 2010

Lawatan Pertama PPD ke Sekolah Pada Tahun 2010

Ketibaan Wakil dari PPD ke SK Nanga Skrang

       Pada 9 Januari 2010, wakil dari PPD telah tiba ke SK Nanga Skrang. Wakil dari PPD Sri Aman ini dari Bahagian Akademik. Mereka datang untuk melihat penjalanan pengajaran PnP yang di jalankan di setiap kelas dan turut melihat keadaan sekolah ini.

Monday, January 04, 2010

Selamat Datang Murid Tahun 1


          4hb Januari 2010 merupakan permulaan sesi persekolahan 2010. Apabila mula sesi baru maka adalah murid baru yang akan mendaftar ke sekolah. Di SK Nanga Skrang, seramai 9 orang murid tahun satu mula mendaftar ke sekolah ini.

Barisan hadapan menunjukkan wajah-wajah murid tahun 1

           Pada waktu sama sekolah juga turut didatangi banjir air pasang yang turut menyambut kedatangan murid baru....


Keadaan banjir sebelah pagi di Sekolah SK Nanga Skrang


Perjumpaan Ibu bapa bersama guru
 

Friday, January 01, 2010

Gambar Guru dan Staf 2010

Berdiri dari kiri: Cik Noorzihan (Guru), Cik Sharifah Nurmalisa (PT), Pn. Zuraida (PPM) En Nyawin (PAR), En Jamal (Guru), En. Zainul Rahman (Guru), En. Zaiazly (Guru), En. Neal ( PA), Pn. Suhana (PPM), Pn. Dayang Adlizawati (Guru), Pn. Krupak (PAR)

Duduk dari kiri: En Mohamad Nazren (Guru),Pn. Pilling (PK 1), En. Tada (Guru Besar), En Bujang Genchang (PK HEM), En George Bennet (PK KK)