Sunday, March 11, 2018

Taklimat dan Demonstrasi Pengunaan Tandas Baharu

Taklimat dan demonstrasi pengunaan tandas baharu telah diadakan pada Sabtu 10 Mac. Program ini diadakan untuk membimbing murid menggunakan tandas baharu dengan cara yang betul. Guru-guru kelas telah membawa murid-murid ke tandas tersebut. Antara demonstrasi yang dilakukan adalah  tatacara mengepam tandas, duduk di tandas dan tatacara menggunskan sinki.


Saturday, March 10, 2018

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina (CNY)

Majlis sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan pada 10 Mac 2018. Majlis ini telah diserikan dengan persembahan tarian oleh murid Aspuri dan lion dance oleh murid Aspura.


Saturday, March 10, 2018

Latihan Kebakaran @ Fire Drill

Aktiviti latihan kebakaran (fire drill) telah dijalankan dengan jayanya pada jam 10.45 pagi pada 10 Mac 2018.

Latihan ini bertujuan untuk melatih murid menyelamatkan diri apabila berlakunya kebakaran di kawasan sekolah. Murid SKNS juga didedahkan dengan assembly point yang baru iaitu di dataran hadapan blok kelas.


Saturday, March 10, 2018

Malam Persembahan Tanglung

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, SKNS telah menjalankan aktiviti persembahan tanglung pada malam Jumaat 9hb Mac 2018.

Malam yang meriah tersebut telah dimulai dengan ucapan GB dan perarakan tanglung oleh murid-murid asrama dan juga harian yang dapat datang. Murid-murid telah diberi masa untuk membuat tanglung dan mempersembahkan tanglung masing-masing pada malam tersebut.

Anugerah tanglung tercantik telah jatuh kepada adik Alexson Ricky.

Diharapkan aktiviti tersebut akan menjadi satu aktiviti tahunan bagi SKNS.