Wednesday, November 14, 2018

Penutupan Program Pasca UPSR

 Majlis penutupan pasca UPSR telah diadakan pada 14 November 2018. Murid-murid telah diberi hadiah bagi aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya Pprgram Pasca UPSR ini.


Wednesday, November 14, 2018

Penyerahan Life Jacket Baharu Kepada Murid-murid Pra Sekolah

Jeket keselamatan (life jacket) dibekalkan kepada semua murid atas dasar keselamatan. Murid-murid dibekalkan mengikut saiz. Pada 13 November 2018, jeket yg baharu telah diserahkan kepada murid-murid pra sekolah SKNS yang bakal naik ke Tahun 1 pada 2019. Jeket telah diserahkan oleh Penyelia Asrama Encik Neal.



Saturday, October 13, 2018

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2018

Perkhemahan Unit Beruniform telah dilaksanakan pada 10 hingga 12 Oktober 2018 bertempat di SKNS.


Saturday, September 22, 2018

Majlis Restu Ilmu Murid UPSR 2018


Majlis restu ilmu bagi murid yang bakal menghadapi UPSR 2018 telah diadakan pada 21 September 2018. Majlis telah dihadiri oleh Pastor Sudin dan ibubapa calon-calon UPSR tahun ini.

Selamat maju jaya diucapkan!



Tuesday, August 21, 2018

Kerja Baik Pulih Jeti SKNS

Pada 21 Ogos 2018, jeti utama SKNS telah dibaikpulih yakni dilengkapi dengan anak tangga yang lebih selamat dan terjamin.


Saturday, August 11, 2018

Penyerahan Wang KWAPM

Penyerahan wang KWAPM kepada ibubapa/penjaga murid telah dilakukan pada 6 Ogos 2018. Majlis tersebut telah dikelolakan oleh Puan Terry dan En. Neal dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dan En. Panggie.



Saturday, July 21, 2018

Gotong Royong Membasmi HFMD Asrama

Selari dengan  kempen basmi HFMD di seluruh negara, aktiviti gotong-royong membasmi HFMD telah diadakan di asrama dan dewan makan SKNS pada 19 Julai 2018. Aktiviti ini telah melibatkan semua murid asrama, waden dan PPM.




Friday, June 29, 2018

Majlis Perpisahan Puan Lo


Puan Lo Siaw Wei telah berpindah ke SJKC Chung Hua Simanggang setelah berkhidmat di SKNS belum sampai setahun. Jasamu dikenang, Puan Lo. Jangan lupakan kami di SKNS.


Thursday, June 28, 2018

Pertandingan Story Telling Peringkat Daerah Sri Aman 2018


Pada 28 Jun 2018, Pertandingan Story Telling Peringkat Daerah Sri Aman telah diadakan di SK Aping. Wakil dari Zon Undop merupakan murid SK Nanga Skrang iaitu Alvin Sandom anak Benet. Beliau telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan tersebut. TAHNIAH!



Thursday, May 17, 2018

Sambutan Hari Guru 2018

Sambutan Hari Guru SKNS telah diadakan pada 16 Mei 2018. Dengan tema warna biru, majlis serba sederhana tersebut telah diisi dengan acara bertukar-tukar hadiah dan menjamu selera.



Saturday, May 05, 2018

Majlis Aku Janji 2018


Majlis Aku Janji bagi calon UPSR 2018 telah diadakan pada 4 Mei 2018. Semua ibubapa murid tahun 6 telah hadir. 



Saturday, April 28, 2018

Aktiviti HIP - Membuat Sudut Panitia Dalam Bahasa Inggeris


Pada 28 April 2018, semua Panitia telah mengadakan aktiviti menghias dan mengecat sudut-sudut Panitia masing-masing dalam Bahasa Inggeris. Aktiviti ini merupakan salah satu pengisian Highly Immersive Programme bagi tahun 2018 ini. 


Sunday, March 11, 2018

Taklimat dan Demonstrasi Pengunaan Tandas Baharu

Taklimat dan demonstrasi pengunaan tandas baharu telah diadakan pada Sabtu 10 Mac. Program ini diadakan untuk membimbing murid menggunakan tandas baharu dengan cara yang betul. Guru-guru kelas telah membawa murid-murid ke tandas tersebut. Antara demonstrasi yang dilakukan adalah  tatacara mengepam tandas, duduk di tandas dan tatacara menggunskan sinki.


Saturday, March 10, 2018

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina (CNY)

Majlis sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan pada 10 Mac 2018. Majlis ini telah diserikan dengan persembahan tarian oleh murid Aspuri dan lion dance oleh murid Aspura.


Saturday, March 10, 2018

Latihan Kebakaran @ Fire Drill

Aktiviti latihan kebakaran (fire drill) telah dijalankan dengan jayanya pada jam 10.45 pagi pada 10 Mac 2018.

Latihan ini bertujuan untuk melatih murid menyelamatkan diri apabila berlakunya kebakaran di kawasan sekolah. Murid SKNS juga didedahkan dengan assembly point yang baru iaitu di dataran hadapan blok kelas.


Saturday, March 10, 2018

Malam Persembahan Tanglung

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, SKNS telah menjalankan aktiviti persembahan tanglung pada malam Jumaat 9hb Mac 2018.

Malam yang meriah tersebut telah dimulai dengan ucapan GB dan perarakan tanglung oleh murid-murid asrama dan juga harian yang dapat datang. Murid-murid telah diberi masa untuk membuat tanglung dan mempersembahkan tanglung masing-masing pada malam tersebut.

Anugerah tanglung tercantik telah jatuh kepada adik Alexson Ricky.

Diharapkan aktiviti tersebut akan menjadi satu aktiviti tahunan bagi SKNS.



Friday, February 23, 2018

Lawatan Pergigian

Jururawat pergigian telah berkampung di SKNS selama seminggu sehingga 23 Februari 2018.
Terima kasih!



Wednesday, February 07, 2018

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil.1/2018


Mesyuarat panitia Bahasa Melayu telah dijalankan pada 7 Februari 2018 bertempat di Pusat Sumber sekolah.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Ketua Panitia B, Cikgu Rosita selaku Pengerusi, Cik gu Mary, Cikgu Khadijah dan Cikgu Mohamad Nor. Agenda mesyuarat antara lain membincangkan program tahunan seperti Minggu Bahasa dan Program Intervensi LINUS.

Friday, February 02, 2018

Penyerahan Wang BKAP 2018

Penyerahan wang Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) telah dilakukan pada 2 Februari 2018. Penyerahan wang  sebanyak RM100 tersebut telah disempurnakan oleh PK Akademik & Pentadbiran, En Panggie dan dibantu oleh En Neal dan juga PT Miss Sharifah.

Semoga bantuan tersebut sedikit sebanyak meringankan beban ibubapa dalam pembiayaan persekolahan anak-anak di SKNS.

Gambar-gambar sekitar aktiviti:




Thursday, February 01, 2018

Taklimat Pendedahan LINUS Kepada Ibubapa Murid-murid Tahun 1


Pada 1 Februari, Taklinat Pendedahan LINUS telah diberikan kepada ibubapa murid Tahun 1. Taklimat tersebut diadakan antara lain bagi mendedahkan ibubapa kepada perihal LINUS, hala tuju dan sasaran sekolah dalam LINUS, serta prosedur saringan LINUS. 

Sesi taklimat yang diberi oleh Ketua Panitia BM, BI dan Matematik itu telah dihadiri oleh semua ibuabapa/penjaga murid Tahun 1.



Thursday, January 25, 2018

Pelancaran NILAM 2018

Pelancaran Program NILAM telah diadakan pada 24 Januari 2018. Pelancaran ini telah dikelolakan oleh Cikgu Lo selaku guru NILAM. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Guru Besar disusuli dengan aktiviti bercerita oleh murid-murid.

Tuesday, January 23, 2018

Membaik Pulih Dewan Makan Sekolah

Proses membaik pulih dewan makan sekolah telah dilakukan oleh Penyelia Asrama En Neal dan juga Pembantu Operasi / Tukang Masak sekolah, En Linggir.

 





Tuesday, January 23, 2018

Mesyuarat Panitia Matematik Bil.1/2018

Mesyuarat Panitia Matematik yang pertama telah diadakan pada 23 Januari 2018 bertempat di Bilik Guru SK Ng Skrang.

Di antara agenda mesyuarat tersebut adalah:

1. Perutusan Pengerusi.
2. Perutusan Ketua Panitia
3. Perlantikan AJK Panitia.
4. Pengurusan Fail Panitia.
5. Perancangan Strategik Panitia Matematik dan takwim
6. Format RPH (Kaedah Pengajaran Abad Ke-21 dalam Matematik dan Pendekatan modular dalam pengajaran Matematik)
7. Penyelarasan buku latihan, penandaan, penilaian
8. BBM panitia Matematik, buku teks, buku kerja
9. Hal-hal lain
10. Penangguhan

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.