Monday, September 03, 2012

Sambutan Ambang Merdeka ke-55

            Pada 30 Ogos 2012 yang lalu, SK Nanga Skrang telah mengadakan majlis sambutan Ambang Merdeka yang ke-55 tahun. Sambutan pada kali disambut dalam suasana sederhana sahaja.

Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Ibu Pertiwiku'. Kemudian diikuti dengan ucapan En Francis Berayan, Tuan Guru Besar SK Nanga Skrang. dan seterusnya merasmikan majlis sambutan tersebut. Bagi memeriahkan lagi majlis ini, pihak sekolah juga turut menyediakan pertandingan deklamasi sajak, mereka bentuk dengan mengunakan lukisan bendera 'Jalur Gemilang' dan banyak lagi aktiviti dijalankan.
           Berikut adalah serba sedikit gambaran sepanjang majlis sambutan ambang merdeka ke-55.
 Guru dan Staf sokongan serta murid-murid menunggu ketibaan tuan guru besar

 Guru, Staf sokongan dan murid-murid menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku


 
 Guru Besar Francis Berayan memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Ambang Merdeka 2012
 Pertandingan Deklamasi Sajak semperna Sambutan Ambang Merdeka ke-55
 Barisan Juri yang pening kepala untuk memilih peserta yang terbaik dikalangan yang terbaik..
 Pengerusi majlis mengumumkan  juara dalam pertandingan mendeklamasi sajak