Wednesday, May 26, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Ini kek Hari Guru
            Pada hari Isnin bersamaan 17 Mei 2010, Sk Nanga Skrang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Majlis ini sepatutnya bermula pada jam 8.30 pagi tetapi terpaksa ditangguhkan kepada jam 9.30 pagi akibat daripada masalah teknik. Walau bagaimanapun majlis ini berjaya dijalankan dengan jayanya.
            Pihak sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, seterusnya bacaan doa bagi memberkati majlis ini. Berikut adalah atucara program sepanjang majlis itu berlangsung:
Atucara Majlis: 


                        : Ketibaan para tetamu jemputan, para guru dan
                          kakitangan sokongan.
                        : Nyanyian lagu”Negaraku” dan “ Ibu Pertiwiku”
                        : Bacaan Doa oleh Saudara Zainul Rahman Zawawi
                        : Ucapan Ketua Murid oleh adik Noriya Boon
                        : Ucapan Guru Besar oleh En. Tada anak Jilum
                        : Lafaz ikrar Hari Guru diketuai oleh
                          -Saudara Zaiazly Mohd. Zain
                        : Menyemat Rozek oleh murid-murid
                        PERUTUSAN HARI GURU:
                        : Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia oleh
                          - Cik Noorzihan binti Zulkipli
                        : Menteri Pelajaran Malaysia oleh
                         - En. Jamal anak Nawin
                        : Nyanyian Lagu Hari Guru 
                          “Guru Malaysia”
                          “Pendidik Bumi Kenyalang”
                          “Guru Pembina Negara Bangsa”
                        : Sesi memotong kek
                        : Pertukaran Hadiah Sempena Hari guru
                        : Persembahan Kebudayaan dari murrid-murid
                        : Jamuan ringan
                        : Sesi Fotografi
                        : Majlis bersurai
        
                  Di sini dipaparkan serba sedikit peristiwa sepanjang sambutan hari guru.
 Gambar kenangan semasa sambutan hari guru
Persembahan murid-murid untuk guru mereka

Ini hadiah yang bertukar-tukar tangan
Ucapan pembukaan oleh Guru Besar

Monday, May 24, 2010

Gotong-Royong Perdana

Aktiviti membersih kawasan sekolah

            Semperna menyambut sambutan Hari Guru, Pihak Sekolah telah mengadakan Gotong-Royong Perdana pada hari Sabtu, 15 Mei 2010. Gotong-royong ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Pada hari ini, semua warga sekolah telah bersungguh-sungguh membersih, mencantik, dan menyelenggara kemudahan sekolah. Dengan ini, kawasan sekolah bertambah bersih dan ceria. Berikut adalah sebahagian aktiviti pada hari tersebut....

Murid dan guru bekerjasama memunggut sampah sarap di kawasan sekolah
Aktiviti menyelenggara jambatan juga turut dilakukan
Gotong-royong membersih bilik guru

Monday, May 24, 2010

Wakil PPD Dan Wakil Konsultan Melawat Kawasan Sekolah

Wakil PPD dan Konsultan diberi penerangan oleh Guru Besar
 
            Pada 7 Mei 2010, Satu lawatan dari PPD dan konsultan telah datang ke SK Nanga Skrang ini. Lawatan kali ini adalah melihat kawasan pembinaan bangunan baru dan laluan pengakutan yang paling sesuai untuk memunggah bahan binaan ke tapak bina.
 Mereka sedang melihat jalan altanetif
 Mereka sedang melihat tapak bangunan baru

Thursday, May 06, 2010

Tema Hari Guru 2010: Guru Pembina Negara Bangsa



Video klip Guru Pembina Negara Bangsa (SKNS)
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Saturday, May 01, 2010

Pertanding Sajak Semperna Pesta Benak

Di atas merupakan video persembahan adik Cynthia.
(harap maaf video amatur kurang berkualiti)

              Semperna Pesta Benak, Pihak sekolah telah menghantar seorang wakil untuk mengikuti pertandingan deklamasi sajak di Pesta Benak, Sri Aman. Pertandingan ini diadakan pada hari sabtu bersamaan 1 Mei 2010. Pertandingan ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
              Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Seramai 19 orang peserta untuk kategori sekolah rendah iaitu 5 orang kategori lelaki dan 11 orang kategori perempuan. Manakala kategori sekolah menengah pula terdiri daripada 5 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan.
              Wakil sekolah iaitu saudari Cynthia anak Jiram telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah di atas usaha beliau walaupun hanya mendapat saguhati sahaja..
Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat diambil oleh juru gambar sekolah. 
Penerangan daripada Ketua Hakim kepada peserta yang terlibat
Peserta menunggu giliran
Para hakim yang bijak sana
 
 Para dif terhormat yang hadir
Antara yang memberi sokongan dan penyampaian sijil penyertaan
Adik Cynthia yang mendapat hadiah saguhati dan sijil penyertaan