Friday, February 23, 2018

Lawatan Pergigian

Jururawat pergigian telah berkampung di SKNS selama seminggu sehingga 23 Februari 2018.
Terima kasih!



Wednesday, February 07, 2018

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil.1/2018


Mesyuarat panitia Bahasa Melayu telah dijalankan pada 7 Februari 2018 bertempat di Pusat Sumber sekolah.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Ketua Panitia B, Cikgu Rosita selaku Pengerusi, Cik gu Mary, Cikgu Khadijah dan Cikgu Mohamad Nor. Agenda mesyuarat antara lain membincangkan program tahunan seperti Minggu Bahasa dan Program Intervensi LINUS.

Friday, February 02, 2018

Penyerahan Wang BKAP 2018

Penyerahan wang Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) telah dilakukan pada 2 Februari 2018. Penyerahan wang  sebanyak RM100 tersebut telah disempurnakan oleh PK Akademik & Pentadbiran, En Panggie dan dibantu oleh En Neal dan juga PT Miss Sharifah.

Semoga bantuan tersebut sedikit sebanyak meringankan beban ibubapa dalam pembiayaan persekolahan anak-anak di SKNS.

Gambar-gambar sekitar aktiviti:




Thursday, February 01, 2018

Taklimat Pendedahan LINUS Kepada Ibubapa Murid-murid Tahun 1


Pada 1 Februari, Taklinat Pendedahan LINUS telah diberikan kepada ibubapa murid Tahun 1. Taklimat tersebut diadakan antara lain bagi mendedahkan ibubapa kepada perihal LINUS, hala tuju dan sasaran sekolah dalam LINUS, serta prosedur saringan LINUS. 

Sesi taklimat yang diberi oleh Ketua Panitia BM, BI dan Matematik itu telah dihadiri oleh semua ibuabapa/penjaga murid Tahun 1.