Monday, July 26, 2010

Minggu Pemeriksaan Kesihatan Gigi

            Pada 12 Julai 2010 hingga 16 Julai 2010, pihak sekolah telah didatangi wakil Jabatan Kesihan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan gigi untuk murid-murid SK Nanga Skrang. Sepanjang tempoh pemeriksaan kesihatan gigi ini, semua murid telah memberi kerjasama yang baik dan tidak takut akan pemeriksaan gigi yang dijalankan. Tahniah pihak sekolah ucapakan kepada semua murid SK Nanga Skrang.....
 Ketibaan wakil Jabatan Kesihan pada sebelah pagi
Pemeriksaan gigi sedang dijalankan
Murid sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan gigi
Mempelajari teknik yang betul untuk mengosok gigi
Jururawat memberi penerangan tentang cara mengosok gigi yang betul
 Hari terakhir Wakil Jabatan Kesihatan di SK Nanga Skrang.
Kepulangan mereka disambut oleh banjir benak....

Monday, July 26, 2010

Majlis Perpisahan Guru Ganti

 Ucapan terakhir Cikgu Bujang Deri
            Setelah 2 bulan mengantikan guru cuti bersalin, akhirnya Cikgu Bujang Deri terpaksa berpisah dengan warga SK Nanga Skrang. Pada 9 Julai 2010, satu majlis perpisahan untuk cikgu Bujang Deri yang telah tamat tempoh mengantikan guru yang cuti bersalin.
            Majlis ini diadakan bagi mengenan jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini, walaupun tempoh perkhidmatan beliau agak singkat. Semoga dapat berkhidmat lagi pada masa akan datang.... :)
 Sedikit jamuan dan majlis perpisahan di adakan
Cenderahati di sampaikan oleh Guru Besar kepada Cikgu Bujang Deri sebagai tanda terima kasih...