Sunday, October 30, 2011

Dapat Astro Kampus

           Pada 27.10.2011, SK Nanga Skrang telah mendapat satu set Astro Kampus. Astro Kampus ini sepatutnya dipasang pada tahun lepas, oleh sebab tertentu ia baru pasang pada bulan Oktober ini. Dengan adanya Astro Kampus ini diharap dapat membantu murid dalam aktiviti PnP nanti terutamanya untuk meningkatkan pencapaian UPSR tahun hadapan.
             Berikut serba sedikit suasana pemasangan Astro Kampus:-

 Pemasangan piring Astro
Pemasangan Set Astro Kampus
 Set Astro Kampus siap dipasang
Guru menguji set siaran yang disediakan

Saturday, October 29, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sepanjang tahun 2011

            Latihan Dalam Perkhedmatan merupakan aktiviti yang mesti dijalankan jika seseorang guru itu menghadiri kursus luar. Aktiviti ini dijalankan untuk memberi maklumat dan pendedahan tentang setiap kursus yang dihadiri kepada semua guru di sekolah.
            Berikut adalah serba sedikit gambaran yang sempat diambil sepanjang LDP 2011:-







Antara aktiviti LDP sepanjang tahun 2011 yang diadakan di kelas tahun 6 dan bilik guru

Saturday, October 29, 2011

Aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan 2011

            Pada bulan Oktober 2011, SK Nanga Skrang telah mengadakan aktiviti semperna Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan mewarna loga bulan bahasa, tulisan kemas dan cantik, roda impian, pertandingan mengeja, pertandingan membaca cerita pendek dan banyak lagi. Aktiviti ini mengikut kumpulan rumah iaitu Biru, Merah dan Kuning.
Pertandingan Mewarna Logo Bulan Bahasa
Pertandingan Menulis @ Lulisan kemas
 Pertandingan teka dan jawap
 
 Pertandingan Mengeja
 Pertandingan Lengkapkan Pantun
  
 Roda Impian
  
 Aktiviti pertandingan Roda Impian
 

Guru dan Staf turut memberi sokongan kepada peserta

Friday, October 28, 2011

Mesyuarat Sukan PIBG 2011 susulan

            Pada 25 Oktober 2011, sekali lagi Mesyuarat PIBG telah diadakan. Tujuan Mesyuarat pada kali ini diadakan adalah menetapkan tarikh bagi sukan PIBG yang akan diadakan dan menyenaraikan sukan yang akan diadakan. Selain itu, mesyuarat kali ini juga menyelitkan tentang majlis anugerah akademik dan perkara-perkara berbangkit. Berikut adalah sedikit gambaran semasa mesyuarat:-



Monday, October 24, 2011

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan

             Pada 17 Oktober 2011, SK Nanga Skrang telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En Tada Jilum dan di saksikan oleh guru-guru, staf sekolah dan murid-murid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti bacaan ikrar bulan bahasa kebangsaan, persembahan sajak oleh murid, nyanyian lagu bahasa jiwa bangsa dan banyak lagi.
            Berikut adalah serba sedikit suasana sepanjang majlis ini:

 Murid-murid berkumpul
 Ucapan PK 1 Pn Pilling
 Ucapan guru besar dan seterusnya merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan
 Perasmian pelancaran disaksikan oleh guru-guru
 pembacaan ikrar Bulan Bahasa oleh warga sekolah
Nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Thursday, October 20, 2011

Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah peringkat Sekolah 2011

            Pada 12 hingga 14 Oktober 2011, Badan Berunifom Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah berjaya mengadakan perkhemahan peringkat sekolah buat kali ke-2. Perkhemahan pada kali ini diadakan 3hari 2 malam. Tujuan perkhemahan ini diadakan bagi membentuk sahsiah murid, melahirkan semangat kerjasama dikalangan murid dan membentuk disiplin murid. Dalam perkhemahan ini terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan. Perkhemahan ini melibatkan semua murid tahap 2.
             Berikut adalah suasana sepanjang perkhemahan tersebut:-
Antara barisan guru yang terlibat dalam perkhemahan kali ini.
Pendaftaran peserta dan pemberian taklimat daripada ketua komanden
 Memberian barangan amanah kepada semua peserta perkhemahan.
 pembelajaran ikatan tali
 Aktiviti memasangan khemah
 aktiviti mencari kayu api
 aktiviti memasak untuk makan petang
 aktiviti LDK sebelah malam
 aktiviti senaman pagi dan kawat kaki
 aktiviti masuk desa
 aktiviti membaca kompas
 aktiviti perang dengan peluru air
 persembahan peserta
 Majlis penutupan pekhemahan
 penyampaian pingat kepada peserta yang cemerlang