Sunday, November 20, 2011

Hari-hari terakhir persekolahan 2011 dan pengemuman keputusan UPSR 2011

              Sebelum penutupan sesi persekolahan 2011, guru-guru sibuk mengemas dokumen-dokumen penting untuk disimpan di tempat yang selamat akibat pengubahsuaian bangunan sekolah. Pada waktu yang sama juga, keputusan UPSR 2011 juga diketahui...
              Berikut serba sedikit suasana sepanjang pengumuman keputusan peperiksaan UPSR 2011:-
 Penyampaian cederamata kepada guru besar yang berpencen dan guru yang dapat berpindah....

Bergambar untuk kali terakhir bersama-sama guru besar, Guru PK1, Guru PK Hem dan Guru-guru serta Staf sokongan
 Bersama-sama Murid tahun 6, 2011 selepas pengumuman keputusan UPSR
 Pengemuman keputusan UPSR oleh PK 1
 Penyerahan Slip Keputusan UPSR kepada sebahagian murid tahun 6



 Ucapan terakhir Guru Besar sebelum bersara
 Ucapan cikgu Dayang sebelum berpindah ke sekolah baru..

Saturday, November 19, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum serta Majlis Konvokesyen Pra Sekolah 2011

              Pada 16 November 2011, SK Nanga skrang telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Kurikuluk dan Kokurikulum serta Majlis konvokesyen Prasekolah. Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Selain itu, pihak sekolah juga turut mengadakan majlis Konvokesyen Prasekolah yang diadakan pertama kali pada tahun ini.
             Majlis ini juga turut diselitkan dengan majlis persaraan tuan guru besar En tada anak Jilum dan pertukaran guru cikgu Dayang Adlizawati ke sekolah barunya di Kuching. Dalam Majlis ini juga turut dihiburkan oleh murid-murid yang membuat persembahan bagi menghiburkan para tertamu.
             Berikut adalah seba sedikit gambaran sepanjang majlis ini berjalan:-
 Ucapan alu-aluan daripada Tuan guru Besar
 Ucapan daripada YDP Romeneo (Pengerusi PIBG)
 Persembahan daripada Murid-murid
 Konvokesyen Prasekolah
 barisan murid Prasekolah bersama GB, guru kelas dan PPM Pra
 Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum
Piala Pusingan untuk pertandingan Bulan Bahasa
 Cederamata dari wakil Guru, Staf dan Pekerja Swasta untuk persaraan guru besar
Hadiah sumbangan daripa wakil murid untuk guru besar
 Sumbangan perhargaan daripada wakil PIBG untuk guru Dayang
 Perhargaan dari warga sekolah untuk cikgu Dayang
 Pakaian tercantik untuk Ibubapa murid
 Dari Kiri Barisan Belakang: Cikgu Zai, Cikgu Rahman, Cikgu Azimah, Kak Zuraida, Kak Fatimah, Kak Sharifah, Kak Suhana, Cikgu Rosita, Cikgu Amir, Uncle Neil, dan Cikgu Jamal
Dari kir Barisan Hadapan :    Cikgu Nazren, Cikgu Dayang, PK1 Cikgu Pilling, GB Cikgu Tada, PK Hem Cikgu Bujang dan Cikgu Zihan

Sunday, November 13, 2011

Hari Sukan PIBG dan Perasmian Jambatan Sekolah

             Pada 13 dan 14 November 2011, SK Nanga Skrang telah mengadakan Sukan PIBG. Aktiviti ini turut dihadiri oleh YB Datuk Francis Harden anak Hollis bagi menyaksikan perlawanan lumba perahu. Selain itu, YB Datuk juga turut merasmikan jambatan sekolah yang diberikan peruntukan oleh beliau. Antara sukan yang diadakan adalah pertandingan sepak takraw, larian ibubapa, bola sepak, sepak bola dalam gol, pertandingan bintang kecil dan perlumbaan perahu sakai 3 dan sakai 5.
             Berikut adalah sebahagian suasanan sepanjang sukan PIBG tersebut:-
Barisan Pengadil untuk larian ibubapa
Larian Ibubapa
 Sebahagian ibubapa yang mengikuti larian
 Aktiviti sepak bola dalam gol
 pertandingan sepak takraw
 Gerai jualan juga turut dibuka
 Permainan bola sepak ibubapa
 Barisan juri Bintang Kecil
 Peserta Bintang Kecil
 Menyambut YB datang di pengkalan sekolah
 Kehadiran YB Datuk Francis ke sekolah
 Menandatangani majlis sukan PIBG dan perasmian Jambatan baru
 Merasmikan perlumbaan perahu sakai 3 dan sakai 5
 Penyampaian hadiah kepada pemenang