Thursday, October 14, 2010

Minggu Bahasa

            Pada 5 Oktober hingga 8 Oktober 2010, SK Nanga Skrang telah mengadakan aktiviti minggu bahasa melibatkan panatia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Iban, Matematik dan Pendidikan Jasmani Kesihatan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu bahasa ialah pertandingan melukis kad dalam bahasa iban, kuiz matematik, kuiz bahasa melayu, kuiz bahasa inggeris, teka silang kata, pertandingan sajak, pertandingan cerita, pertandingan membaca teks dan banyak lagi. Aktiviti ini melibatkan murid tahap 1 dan tahap 2. Pertandingan minggu bahasa ini melibatkan 4 kumpulan. Di mana setiap kejuaraan akan memberi mata untuk kumpulan mereka.
             Juara kumpulan untuk minggu bahasa ini dimenangi oleh kumpulan 4. Manakala naik juara dimenangi oleh kumpulan 3. Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 1.
 Pertandingan melukis dan mewarna kad dalam bahasa Iban
 
 Peserta Kuiz Baca Petikan
 
 Barisan hakim yang lagi bijak sana
 
 Pesarta membaca teks dengan intonasi dan bahasa yang betul

 
 Peserta pertandingan Kuiz Kesihatan
 Pertandingan teka silang kata tahap 1 dan tahap 2 sedang dijalankan
 Keputusan terkini pemenang pertandingan
 Peserta tahap 1 dalam mendeklamasi puisi


 Peserta tahap 2 dalam mendeklamasi puisi
 Antara barisan hakim dalam mendeklamasi puisi
 Antara peserta pertandingan bercerita
 
Suasana sewaktu kuiz "Say and Spell It Right!"

 Hari Penutupan Minggu Bahasa
Guru Besar Menanguhkan Minggu Bahasa ke Tahun hadapan

Thursday, October 14, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Bandaraya Kuching 2010

            Pada 1 Oktober hingga 3 Oktober 2010, SK Nanga Skrang telah mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid tahun 6. Aktiviti ini dijalankan selama 3 hari 2 malam. Tujuan lawatan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membuka minda murid terhadap dunia luar dan menimbal ilmu tentang tempat-tempat menarik dan bersejarah di dalam negeri Sarawak ini. Antara tempat yang dilawati adalah seperti Planetarium, Waterfront, Kampung Budaya, Muzium Kucing, Muzium Negeri dan banyak lagi tempat menarik yang dilawati.
            Berikut adalah suasana aktiviti lawatan sambil belajar yang dijalankan:-
 Murid berehat sebentar sambil merarau di taman rekriasi Ranchan Pool, Serian

Friday, October 08, 2010

Aktiviti Lepas Geram selepas UPSR

            Pada 28 September 2010, Murid tahun 6 telah menjalankan aktiviti lepas geram dengan bantuan murid tahun 5. Aktiviti ini diadakan untuk memuput semangat kerjasama dan menghilangkan tekanan setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memotivasikan murid-murid tahun 6 yang akan melangkah ke alam sekolah menengah nanti yang lebih mencabar lagi.
Wajah ceria murid-murid selepas aktiviti dijalankan
           Berikut adalah sebahagian aktiviti yang dijalankan dengan dipantau oleh Cikgu Nazren dan Cikgu Rahman.
 Murid-murid tahun 5 dan 6 yang terlibat dalam aktiviti ini
 Cikgu Nazren memberi keterangan sebelum aktiviti dijalankan
 Lumba berjalan itik dalam lumpur
 Cabarang yang perlu dilalui sepanjang aktiviti ini
 Aktiviti merebut gelong rotan dijalankan
 Wajah kepenatan selepas permainan tamat
 Wajah puas selepas aktiviti ini tamat