Thursday, January 20, 2011
Perhimpunan Pertama Tahun 2011
Pada 12 Januari 2011, Satu perhimpunan pembukaan telah diadakan. Perhimpunan kali ini, diadakan adalah untuk menyambut murid-murid baru iaitu murid tahun 1 dan murid prasekolah. Selain itu, perhimpunan kali ini untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada guru-guru dan murid-murid tahun 2, 3, 4, 5, dan 6.
Thursday, January 20, 2011
Kelas Belajar Menulis Dengan Betul
Bagi memastikan murid-murid dapat menulis dengan betul, pihak sekolah telah mengadakan Kelas Belajar Menulis dengan Betul dengan kerjasama Panatia Bahasa Melayu. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memastikan murid dapat agar dapat menulis dengan betul dan baik. Aktiviti ini melibatkan murid-murid tahap 2 dan diberi tunjuk ajar oleh guru-guru yang mengajar matapelajaran bahasa melayu. Aktiviti ini dijalankan pada 12 Januari 2011 bermula pada jam 9.00pagi hingga 10.00pagi.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar yang diambil oleh juru gambar kami sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar yang diambil oleh juru gambar kami sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Ketua Panatia Bahasa Melayu memberi penerangan tentang kaedah yang betul untuk menulis
Friday, January 14, 2011
Penjalan Pulang dari Sekolah
Baru naik dari sungai berhampiran simpang sungai Skrang, Batang Lupar dan Batang Ai
Pada 5 Januari 2011, sewaktu pulang dari sekolah dengan menaiki bot. Kami telah terserempak dengan beberapa ekor Sang bedal yang agak besar jugak. Seekor berada berhampiran dengan antara simpang sungai Skrang, Batang Lupar dan Batai Ai dan dua ekor lagi berhampiran dengan Pengakal Hulu iaitu kira-kira 100m dari tempat yang selalu kami berlabuh.
Salah seekor Sang Bedal berjemur kira-kira 100m dari pengkalan
Seekor lagi berada berhampiran dengan Sang Bedal di atas
Wednesday, January 12, 2011
Lawatan Pertama PPD Pada Tahun 2011
Pada 4 Januari 2011, Dua orang wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman telah datang melawat ke sekolah SK Nanga Skrang. Beliau adalah dari bahagian Prasekolah dan juga bahagian Buku Teks. Selain itu, pegawai tersebut juga turut melawat ke asrama murid dan juga dewan makan.
Lawatan ke asrama murid dan dewan makan
Lawatan ke Prasekolah
Masa untuk pulang......
Saturday, January 08, 2011
Enrolmen Sekolah 2011
Enrolmen Sekolah
Guru Lelaki : 8 orang
Guru Perempuan :4 orang
2. Enrolmen Staf Bukan Guru
Staf Lelaki : 2
Staf Perempuan : 5
3. Enrolmen Murid
Prasekolah : 07 orang - Lelaki (03) Perempuan (04)
Tahun 1 : 14 orang - Lelaki (06) Perempuan (08)
Tahun 2 : 08 orang - Lelaki (05) Perempuan (03)
Tahun 3 : 09 orang - Lelaki (01) Perempuan (08)
Tahun 4 : 10 orang - Lelaki (07) Perempuan (03)
Tahun 5 : 08 orang - Lelaki (04) Perempuan (04)
Tahun 6 : 08 orang - Lelaki (02) Perempuan (06)
Saturday, January 08, 2011
Bermulanya Prasekolah di SK Nanga Skrang
Pada tahun 2011, SK Nanga Skrang telah mewujudkan kelas Prasekolah. Kelas Prasekolah ini terbuka kepada murid-murid berumur lima dan enam tahun. Pada tahun pertama kewujudan Prasekolah ini, Seramai 7 orang murid yang telah berdaftar pada kali ini.
Saturday, January 08, 2011
Selamat Datang Murid Tahun Satu, 2011
Pada 3 Januari 2011, merupakan permulaan sesi persekolahan 2011. Maka dengan itu, bermulalah alam baru bagi murid-murid tahun satu. Pada tahun ini seramai 14 orang murid yang baru berdaftar di SK Nanga Skrang. Sepanjang hari pendaftaran, tidak banyak kerenah yang di buat oleh murid tahun satu dan semua kerja berjalan dengan lancar. Pada tahun ini, kesemua murid tahun satu kali ini tiada asas pembelajaran di peringkat prasekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)