Showing posts with label Hal Ehwal Murid. Show all posts
Showing posts with label Hal Ehwal Murid. Show all posts
Wednesday, November 14, 2018
Penyerahan Life Jacket Baharu Kepada Murid-murid Pra Sekolah
Jeket keselamatan (life jacket) dibekalkan kepada semua murid atas dasar keselamatan. Murid-murid dibekalkan mengikut saiz. Pada 13 November 2018, jeket yg baharu telah diserahkan kepada murid-murid pra sekolah SKNS yang bakal naik ke Tahun 1 pada 2019. Jeket telah diserahkan oleh Penyelia Asrama Encik Neal.
Saturday, August 11, 2018
Penyerahan Wang KWAPM
Penyerahan wang KWAPM kepada ibubapa/penjaga murid telah dilakukan pada 6 Ogos 2018. Majlis tersebut telah dikelolakan oleh Puan Terry dan En. Neal dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dan En. Panggie.
Saturday, July 21, 2018
Gotong Royong Membasmi HFMD Asrama
Selari dengan kempen basmi HFMD di seluruh negara, aktiviti gotong-royong membasmi HFMD telah diadakan di asrama dan dewan makan SKNS pada 19 Julai 2018. Aktiviti ini telah melibatkan semua murid asrama, waden dan PPM.
Sunday, March 11, 2018
Taklimat dan Demonstrasi Pengunaan Tandas Baharu
Taklimat dan demonstrasi pengunaan tandas baharu telah diadakan pada Sabtu 10 Mac. Program ini diadakan untuk membimbing murid menggunakan tandas baharu dengan cara yang betul. Guru-guru kelas telah membawa murid-murid ke tandas tersebut. Antara demonstrasi yang dilakukan adalah tatacara mengepam tandas, duduk di tandas dan tatacara menggunskan sinki.
Saturday, March 10, 2018
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina (CNY)
Majlis sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan pada 10 Mac 2018. Majlis ini telah diserikan dengan persembahan tarian oleh murid Aspuri dan lion dance oleh murid Aspura.
Subscribe to:
Posts (Atom)