Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Saturday, September 22, 2018

Majlis Restu Ilmu Murid UPSR 2018


Majlis restu ilmu bagi murid yang bakal menghadapi UPSR 2018 telah diadakan pada 21 September 2018. Majlis telah dihadiri oleh Pastor Sudin dan ibubapa calon-calon UPSR tahun ini.

Selamat maju jaya diucapkan!



Saturday, March 10, 2018

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina (CNY)

Majlis sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan pada 10 Mac 2018. Majlis ini telah diserikan dengan persembahan tarian oleh murid Aspuri dan lion dance oleh murid Aspura.


Saturday, March 10, 2018

Latihan Kebakaran @ Fire Drill

Aktiviti latihan kebakaran (fire drill) telah dijalankan dengan jayanya pada jam 10.45 pagi pada 10 Mac 2018.

Latihan ini bertujuan untuk melatih murid menyelamatkan diri apabila berlakunya kebakaran di kawasan sekolah. Murid SKNS juga didedahkan dengan assembly point yang baru iaitu di dataran hadapan blok kelas.


Saturday, March 10, 2018

Malam Persembahan Tanglung

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, SKNS telah menjalankan aktiviti persembahan tanglung pada malam Jumaat 9hb Mac 2018.

Malam yang meriah tersebut telah dimulai dengan ucapan GB dan perarakan tanglung oleh murid-murid asrama dan juga harian yang dapat datang. Murid-murid telah diberi masa untuk membuat tanglung dan mempersembahkan tanglung masing-masing pada malam tersebut.

Anugerah tanglung tercantik telah jatuh kepada adik Alexson Ricky.

Diharapkan aktiviti tersebut akan menjadi satu aktiviti tahunan bagi SKNS.



Tuesday, January 23, 2018

Membaik Pulih Dewan Makan Sekolah

Proses membaik pulih dewan makan sekolah telah dilakukan oleh Penyelia Asrama En Neal dan juga Pembantu Operasi / Tukang Masak sekolah, En Linggir.