Murid mendengar rakan mereka bercerita
Saturday, October 31, 2009
Bulan Bahasa 2009
Bulan Oktober telah di pilih sebagai Bulan Bahasa. Jadi pelbagai program telah dijalankan sepanjang bulan ini. Antaranya pertandingan bercerita, 10 minit membaca sebelum PnP, mendeklamasi puisi dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan murid membaca, mendengar dan menghayati apa yang dibaca serta mandalami bahasa kita.
Saturday, October 31, 2009
Lawatan ke Kuching 2009
Pada 9, 10 dan 11 Oktober 2009 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan lawatan ke Kuching untuk murid Tahun 6 iaitu setelah selesai menjalani peperiksaan UPSR. Di sini, murid-murid mendapat menimbal pengalaman sepanjang lawatan ini. Antaranya dapat melawat ke Akademik Polis "PULAPOL", pergi ke muzium-muzium Kuching dan mengenal tempat-tempat menarik yang lain.
Semasa Lawatan ke muzium
Sunday, August 30, 2009
Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pada bulan Ogos yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-52. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti menjemput tokoh perjuangan kemerdekaan iaitu En Awang anak Rawing. Mengadakan Mendeklamasi Sajak, Menyanyi Lagu Patrotik, Tayang Filem Hati Malaya, tanyangan video detik kemerdekaan dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan untuk melahirkan semangat patrotik dikalangan murid-murid dan menyahut seruan Pedana Menteri kita iaitu "Satu MALAYSIA". Majlis ini juga diadakan bagi melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang di perikat sekolah.
Semangat Patrotik di kalangan Murid-murid
Murid mengibar Jalur Gemilang menyanyikan lagu patrotik
Dari kiri: PK HEM En Bujang Genchang, PK 1 Pn. Pilling, Tokoh Kemerdekaan En Awang, Guru Besar En Tada, PK Ko-ko En George, Cikgu Jamal
Thursday, July 30, 2009
Bulan Kecergasan
Pada bulan Julai 2009 telah terpilih sebagai "Bulan Kecergasan" diseluruh daerah Sri Aman. Di peringkat sekolah juga terdapat pelbagai aktiviti kecergasan di jalankan seperti senaman poco-poco, aktiviti gotong-royong, tertandingan mini futsal, sepak takraw dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat membentuk badan yang sihat, cergas dan cerdas.
Guru Besar memberi ucapan dan merasmikan Bulan Kecegasan
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Aktiviti Bulan Kecegasan bermula dengan Senaman beramai-ramai
Minggu seterusnya......Senaman dan tarian poco-poco dimulakan sebelum aktiviti gotong-royong
Aktiviti gotong-royong di kawasan sekolah
Thursday, July 30, 2009
Pertandingan Mini Futsal
IKlan Pertandingan Mini Futsal
Sesuai dengan Bulan Kecegasan, bulan ini juga turut mengadakan pertandingan Mini Futsal. Pertandingan ini diadakan pada 15 dan 16 Julai 2009. Pertandingan ini terbuka kepada murid lelaki dan perempuan. Pelbagai aksi yang menarik telah ditunjukkan oleh pemain mini futsal ini.
Pengadil memberi penerangan sebelum perlawanan
Gelagat peserta menunggu giliran bermain
Subscribe to:
Posts (Atom)










