Friday, January 14, 2011

Penjalan Pulang dari Sekolah

 Baru naik dari sungai berhampiran simpang sungai Skrang, Batang Lupar dan Batang Ai
            Pada 5 Januari 2011, sewaktu pulang dari sekolah dengan menaiki bot. Kami telah terserempak dengan beberapa ekor Sang bedal yang agak besar jugak. Seekor berada berhampiran dengan antara simpang sungai Skrang, Batang Lupar dan Batai Ai dan dua ekor lagi berhampiran dengan Pengakal Hulu iaitu kira-kira 100m dari tempat yang selalu kami berlabuh.
Salah seekor Sang Bedal berjemur kira-kira 100m dari pengkalan
Seekor lagi berada berhampiran dengan Sang Bedal di atas

Wednesday, January 12, 2011

Lawatan Pertama PPD Pada Tahun 2011

            Pada 4 Januari 2011, Dua orang wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman telah datang melawat ke sekolah SK Nanga Skrang. Beliau adalah dari bahagian Prasekolah dan juga bahagian Buku Teks. Selain itu, pegawai tersebut juga turut melawat ke asrama murid dan juga dewan makan.

 Lawatan ke asrama murid dan dewan makan

Lawatan ke Prasekolah
Masa untuk pulang......

Saturday, January 08, 2011

Enrolmen Sekolah 2011

Enrolmen Sekolah

1. Enrolmen Guru

Guru Lelaki : 8 orang
Guru Perempuan :4 orang

2. Enrolmen Staf Bukan Guru

Staf Lelaki : 2
Staf Perempuan : 5

3. Enrolmen Murid



Prasekolah : 07 orang - Lelaki (03) Perempuan (04)
Tahun 1    : 14 orang - Lelaki (06) Perempuan (08)
Tahun 2    : 08 orang - Lelaki (05) Perempuan (03)
Tahun 3    : 09 orang - Lelaki (01) Perempuan (08)
Tahun 4    : 10 orang - Lelaki (07) Perempuan (03)
Tahun 5    : 08 orang - Lelaki (04) Perempuan (04)
Tahun 6    : 08 orang - Lelaki (02) Perempuan (06)

Saturday, January 08, 2011

Bermulanya Prasekolah di SK Nanga Skrang

            Pada tahun 2011, SK Nanga Skrang telah mewujudkan kelas Prasekolah. Kelas Prasekolah ini terbuka kepada murid-murid berumur lima dan enam tahun. Pada tahun pertama kewujudan Prasekolah ini, Seramai 7 orang murid yang telah berdaftar pada kali ini.

Saturday, January 08, 2011

Selamat Datang Murid Tahun Satu, 2011

            Pada 3 Januari 2011, merupakan permulaan sesi persekolahan 2011. Maka dengan itu, bermulalah alam baru bagi murid-murid tahun satu. Pada tahun ini seramai 14 orang murid yang baru berdaftar di SK Nanga Skrang.  Sepanjang hari pendaftaran, tidak banyak kerenah yang di buat oleh murid tahun satu dan semua kerja berjalan dengan lancar. Pada tahun ini, kesemua murid tahun satu kali ini tiada asas pembelajaran di peringkat prasekolah.