Tuesday, November 06, 2012

Hari Sukan Sekolah 2012

            Pada 23 dan 24 Oktober 2012, SK Nanga Skrang telah mengadakan hari Sukan sekolah. Pada kali ini, pihak sekolah telah membahagikan kepada 3 buah rumah, iaitu Rumah Tapah (Biru), Rumah Lajong(Kuning) dan Rumah Labang (Merah).
             Acara sukan yang diadakan adalah larian, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru pada hari pertama manakala pada hari ke-2, telah mengadakan acara sukaneka antara rumah dan juga antara Ibubapa.
            Berikut adalah sebasedikit aktiviti sepanjang acara tersebut berlangsung....





  







  

Tuesday, October 23, 2012

Lawatan Sekolah 2012

                SK Nanga Skrang telah mengadakan lawatan sambil belajar pada 20hb hingga 21hb Oktober 2012, iaitu 2 hari 1 malam. Pada kali ini, lawatan sekolah sekali lagi melawat Bandar Raya Kuching. Lawatan ini melibatkan semua murid tahap dua iaitu seramai 23 orang murid, 9 orang guru dan staf pengirin dan 2 orang wakil daripada PIBG.
                Pada kali ini, lawatan yang dijalankan adalah melawat perpustakaan UNIMAS, Muzium Kuching, Dataran pinggir sungai Kuching, Wisma Satok, Planeterium dan Pasaraya. Berikut adalah beberapa gambaran sepanjang lawatan tersebut.

Monday, September 03, 2012

Sambutan Ambang Merdeka ke-55

            Pada 30 Ogos 2012 yang lalu, SK Nanga Skrang telah mengadakan majlis sambutan Ambang Merdeka yang ke-55 tahun. Sambutan pada kali disambut dalam suasana sederhana sahaja.

Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Ibu Pertiwiku'. Kemudian diikuti dengan ucapan En Francis Berayan, Tuan Guru Besar SK Nanga Skrang. dan seterusnya merasmikan majlis sambutan tersebut. Bagi memeriahkan lagi majlis ini, pihak sekolah juga turut menyediakan pertandingan deklamasi sajak, mereka bentuk dengan mengunakan lukisan bendera 'Jalur Gemilang' dan banyak lagi aktiviti dijalankan.
           Berikut adalah serba sedikit gambaran sepanjang majlis sambutan ambang merdeka ke-55.
 Guru dan Staf sokongan serta murid-murid menunggu ketibaan tuan guru besar

 Guru, Staf sokongan dan murid-murid menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku


 
 Guru Besar Francis Berayan memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Ambang Merdeka 2012
 Pertandingan Deklamasi Sajak semperna Sambutan Ambang Merdeka ke-55
 Barisan Juri yang pening kepala untuk memilih peserta yang terbaik dikalangan yang terbaik..
 Pengerusi majlis mengumumkan  juara dalam pertandingan mendeklamasi sajak

Thursday, May 17, 2012

Penubuhan TKRS 2009

             Sekolah SK Nanga Skrang telah menubuhkan Persatuan Berunifom Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) pada tahun 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang pertubuhan persatuan ini dan merupakan antara persatuan yang paling aktif di sekolah ini. Pada tahun ini, semua murid dan guru dapat berpakaian lengkap sepanjang menjalankan aktiviti kokurikulum. Sebagai kenang-kenangan Persatuan ini sempat bergambar.
            Antara barisan guru dan ahli TKRS

Sunday, April 01, 2012

Bantuan Susu Sekolah

                Pada 28 Mac 2012, pihak sekolah telah mendapat bantu minuman Susu sekolah. Oleh kerana telalu banyak kes keracunan minuman akibat daripada meminum susu bantuan ini, pihak sekolah diminta memeriksa tarikh luput dan menguji dahulu minuman itu sebelum diedarkan kepada murid sekolah.
               Berikut adalah beberapa gambar aktiviti menguji minuman dijalankan.... Nasib baik yang meminum susu bantuan ini tidak keracunan makanan. Susu bantuan tersebut berjaya diberikan kepada murid-murid tampa mendengar kes keracunan berlaku di sekolah ini.
 
Staf Sokongan menguji minuman sambil diperhatikan oleh guru penolong kanan satu