Tuesday, October 13, 2015

Sukan Tahunan SKNS 2015

Sukan Tahunan SKNS 2015 telah diadakan pada 12 dan 13 Oktober 2015.


Tuesday, June 30, 2015

Majlis Perpisahan Guru Besar En. Chang

Majlis perpisahan sempena persaraan Guru Besar En. Chang Tze Pui telah diadakan pada 30 Jun 2015. Beliau hanya berkhidmat di SK Nanga Skrang selama 6 bulan dan merupakan seorang pentadbir yang baik hati dan berintegriti tinggi. Selama 6 bulan di SKNS beliau telah banyak berkongsi ilmu serta pengalaman yang berguna untuk SKNS maju dengan lebih cemerlang.

Pihak SKNS amat berberat hati untuk melepaskan beliau. Terima kasih Cikgu Chang, jasamu dikenang, budimu disanjung.

Ucapan di perhimpunan buat kali terakhir sebagai seorang Guru Besar pada 17 Jun 2015.

Thursday, May 28, 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SKNS telah diadakan pada 28 Mei 2015. Tema pakaian pada tahun ini ialah "Pakaian Tradisional". Guru dan staf sokongan telah memberi kerjasama padu dengan memakai pakaian tradisional masing-masing.

Majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan persembahan murid-murid serta sesi memotong kek.
Selamat Hari Guru semua!

Barisan Guru SKNS.

Friday, April 10, 2015

Majlis Perpisahan Cikgu Amir

Majlis perpisahan sempena perpindahan Cikgu Amir Ikhsan bin Madian telah diadakan pada 10 April 2015. Beliau telah berkhidmat di SKNS selama 3 tahun.

Majlis ini telah dijayakan oleh semua guru dan staf sokongan SKNS. Perpindahan Cikgu Amir diiringi doa dan ucapan terima kasih atas jasa beliau kepada SKNS selama ini. Semoga berjumpa lagi. Selamat maju jaya!

Jasamu dikenang Cikgu Amir.

Monday, October 28, 2013

Aktiviti selepas UPSR 2013

Pada tahun ini, banyak program yang telah dirancang dan akan dijalankan selepas peperiksaan UPSR. Ia bertujuan untuk mengisi masa lapang murid-murid Tahun 6 dan sekaligus menambahkan pengalaman mereka dalam aktiviti akademik dan bukan akademik. Selain itu, murid Tahun 1 hingga Tahun 5 terlibat dengan aktiviti ini sepenuhnya selepas menduduki Peperiksaan Akhir Tahun pada awal Oktober.
         
            Antara akt yang telah dijalankan ialah:
1. Pertandingan Futsal 5 Sebelah
2. Pertandingan Bintang Kecil
3.Pertandingan Ratu Cantik
4. Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah
5. Temasya Sukan Sekolah
6. Kem Membaca 1 Murid