Thursday, February 01, 2018

Taklimat Pendedahan LINUS Kepada Ibubapa Murid-murid Tahun 1


Pada 1 Februari, Taklinat Pendedahan LINUS telah diberikan kepada ibubapa murid Tahun 1. Taklimat tersebut diadakan antara lain bagi mendedahkan ibubapa kepada perihal LINUS, hala tuju dan sasaran sekolah dalam LINUS, serta prosedur saringan LINUS. 

Sesi taklimat yang diberi oleh Ketua Panitia BM, BI dan Matematik itu telah dihadiri oleh semua ibuabapa/penjaga murid Tahun 1.



Thursday, January 25, 2018

Pelancaran NILAM 2018

Pelancaran Program NILAM telah diadakan pada 24 Januari 2018. Pelancaran ini telah dikelolakan oleh Cikgu Lo selaku guru NILAM. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Guru Besar disusuli dengan aktiviti bercerita oleh murid-murid.

Tuesday, January 23, 2018

Membaik Pulih Dewan Makan Sekolah

Proses membaik pulih dewan makan sekolah telah dilakukan oleh Penyelia Asrama En Neal dan juga Pembantu Operasi / Tukang Masak sekolah, En Linggir.

 





Tuesday, January 23, 2018

Mesyuarat Panitia Matematik Bil.1/2018

Mesyuarat Panitia Matematik yang pertama telah diadakan pada 23 Januari 2018 bertempat di Bilik Guru SK Ng Skrang.

Di antara agenda mesyuarat tersebut adalah:

1. Perutusan Pengerusi.
2. Perutusan Ketua Panitia
3. Perlantikan AJK Panitia.
4. Pengurusan Fail Panitia.
5. Perancangan Strategik Panitia Matematik dan takwim
6. Format RPH (Kaedah Pengajaran Abad Ke-21 dalam Matematik dan Pendekatan modular dalam pengajaran Matematik)
7. Penyelarasan buku latihan, penandaan, penilaian
8. BBM panitia Matematik, buku teks, buku kerja
9. Hal-hal lain
10. Penangguhan

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Friday, November 10, 2017

Perkembangan Projek IBS SKNS

Perkembangan terkini projek IBS di SKNS. Gambar diambil pada 8 November 2017. So far so good :)