Friday, February 02, 2018
Penyerahan Wang BKAP 2018
Penyerahan wang Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) telah dilakukan pada 2 Februari 2018. Penyerahan wang sebanyak RM100 tersebut telah disempurnakan oleh PK Akademik & Pentadbiran, En Panggie dan dibantu oleh En Neal dan juga PT Miss Sharifah.
Thursday, February 01, 2018
Taklimat Pendedahan LINUS Kepada Ibubapa Murid-murid Tahun 1

Pada 1 Februari, Taklinat Pendedahan LINUS telah diberikan kepada ibubapa murid Tahun 1. Taklimat tersebut diadakan antara lain bagi mendedahkan ibubapa kepada perihal LINUS, hala tuju dan sasaran sekolah dalam LINUS, serta prosedur saringan LINUS.
Sesi taklimat yang diberi oleh Ketua Panitia BM, BI dan Matematik itu telah dihadiri oleh semua ibuabapa/penjaga murid Tahun 1.
Thursday, January 25, 2018
Pelancaran NILAM 2018
Pelancaran Program NILAM telah diadakan pada 24 Januari 2018. Pelancaran ini telah dikelolakan oleh Cikgu Lo selaku guru NILAM. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Guru Besar disusuli dengan aktiviti bercerita oleh murid-murid.
Tuesday, January 23, 2018
Membaik Pulih Dewan Makan Sekolah
Proses membaik pulih dewan makan sekolah telah dilakukan oleh Penyelia Asrama En Neal dan juga Pembantu Operasi / Tukang Masak sekolah, En Linggir.
Tuesday, January 23, 2018
Mesyuarat Panitia Matematik Bil.1/2018
Mesyuarat Panitia Matematik yang pertama telah diadakan pada 23 Januari 2018 bertempat di Bilik Guru SK Ng Skrang.
Di antara agenda mesyuarat tersebut adalah:
1. Perutusan Pengerusi.
2. Perutusan Ketua Panitia
3. Perlantikan AJK Panitia.
4. Pengurusan Fail Panitia.
5. Perancangan Strategik Panitia Matematik dan takwim
6. Format RPH (Kaedah Pengajaran Abad Ke-21 dalam Matematik dan Pendekatan modular dalam pengajaran Matematik)
7. Penyelarasan buku latihan, penandaan, penilaian
8. BBM panitia Matematik, buku teks, buku kerja
9. Hal-hal lain
10. Penangguhan
Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)




