Saturday, July 21, 2018

Gotong Royong Membasmi HFMD Asrama

Selari dengan  kempen basmi HFMD di seluruh negara, aktiviti gotong-royong membasmi HFMD telah diadakan di asrama dan dewan makan SKNS pada 19 Julai 2018. Aktiviti ini telah melibatkan semua murid asrama, waden dan PPM.




Friday, June 29, 2018

Majlis Perpisahan Puan Lo


Puan Lo Siaw Wei telah berpindah ke SJKC Chung Hua Simanggang setelah berkhidmat di SKNS belum sampai setahun. Jasamu dikenang, Puan Lo. Jangan lupakan kami di SKNS.


Thursday, June 28, 2018

Pertandingan Story Telling Peringkat Daerah Sri Aman 2018


Pada 28 Jun 2018, Pertandingan Story Telling Peringkat Daerah Sri Aman telah diadakan di SK Aping. Wakil dari Zon Undop merupakan murid SK Nanga Skrang iaitu Alvin Sandom anak Benet. Beliau telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan tersebut. TAHNIAH!



Thursday, May 17, 2018

Sambutan Hari Guru 2018

Sambutan Hari Guru SKNS telah diadakan pada 16 Mei 2018. Dengan tema warna biru, majlis serba sederhana tersebut telah diisi dengan acara bertukar-tukar hadiah dan menjamu selera.



Saturday, May 05, 2018

Majlis Aku Janji 2018


Majlis Aku Janji bagi calon UPSR 2018 telah diadakan pada 4 Mei 2018. Semua ibubapa murid tahun 6 telah hadir.