Saturday, May 30, 2009

Kempen Menderma Darah

            Selain aktiviti larian, PPD Sri Aman juga turut mengadakan Kempen Derma Darah. Sekolah SK Nanga Skrang juga turut menghantar wakil untuk menyahut program ini. Seramai 5 orang guru telah meyertai Kempen Derma Darah ini semperna Sambutan Hari Guru 2009.


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum mendahului aktiviti derma darah

Pertama kali derma darah 

Saturday, May 30, 2009

Larian Semperna Hari Guru

       Semperna menyambut Hari Guru, Satu aktiviti telah di adakan oleh PPD Sri Aman untuk mengeratkan hubungan di kalangan guru-guru di bahagian Sri Aman ini iaitu "Larian Hari Guru". Di sini, semua guru setiap sekolah mesti menghantar wakil untuk larian ini.  Begitu juga dengan guru-guru SK Nanga Skrang. Pihak Sekolah turut berasa bangga kerana seorang guru sekolah ini berjaya mendapat tempat ke-4 dalam larian ini. iaitu Cikgu Noorzihan. "Tahniah" diucapkan dari pihak sekolah.


Dari kiri: Cikgu Nurul, Cikgu Zaiazly, Cikgu Nazren, En. Neal dan Cikgu Noorzihan

Saturday, May 30, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


      Pada 16 Mei 2009 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru. Terdapat pelbagai program dan aktiviti di jalankan sepanjang majlis ini.
      Gambar kenangan semperna                    Guru turut menyanyi dan
             Majlis Hari Guru                                         membaca ikrar
       Murid melihat persembahan                 Kek Hari Guru SK Nanga Skrang
                  guru mereka
Guru sibuk menyediakan juadah makanan

       Murid-murid juga tidak sabar untuk menyambut Hari Guru Mereka. Ada yang membawa hadiah untuk guru mereka, ada yang membuat Kad Hari Guru, ada pelbagai krativiti dihasilkan untuk diberikan kepada guru mereka yang tersayang..... 




Murid beratur untuk memasuki Dewan Majlis Hari Guru




Monday, May 04, 2009

Latihan Kebakaran "Fire Drill" Ke-dua

        Bagi menjamin keselamatan murid benar-benar terjamin, Sesi Latihan Kebakaran kali Ke-2 telah dijalankan. pada kali ini aktiviti ini dijalankan pada sebelah malam pula. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kecekapan penghuni asrama apabila berlakunya kebakaran.

Murid berkumpul di kawasan lapang yang ditetapkan

Guru-guru dengan bantuan PPM memeriksa keadaan murid


Keadaan murid yang sampai lewat pada masa yang ditetapkan

Thursday, March 26, 2009

Latihan Kebakaran "Fire Drill" Pertama

        Bagi Menjamin Keselamatan Murid, Guru dan Staf Sekolah Keb. Nangan Skrang ini, Satu Sesi Latihan Kebakaran telah dijalankan buat kali pertama pada tahun 2009 ini. Aktiviti Latihan Kebakaran ini diadakan untuk melihat sejauh mana keperihatian warga sekolah menyelamatkan diri dengan selamat apabila berlakunya kecelakaan dan kebakaran.

 Murid berlari menyelamatkan diri

Murid berkumpul di kawasan lapang
 
Antara murid yang terselamat semasa Sesi Kebarakan
 
Tiga orang dikategorikan terkorban apabila lambat sampai di kawasan lapang