Sunday, August 30, 2009

Sambutan Bulan Kemerdekaan

       Pada bulan Ogos yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-52. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti menjemput tokoh perjuangan kemerdekaan iaitu En Awang anak Rawing. Mengadakan Mendeklamasi Sajak, Menyanyi Lagu Patrotik, Tayang Filem Hati Malaya, tanyangan video detik kemerdekaan dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan untuk melahirkan semangat patrotik dikalangan murid-murid dan menyahut seruan Pedana Menteri kita iaitu "Satu MALAYSIA". Majlis ini juga diadakan bagi melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang di perikat sekolah.

Semangat Patrotik di kalangan Murid-murid

 
Murid mengibar Jalur Gemilang menyanyikan lagu patrotik

Dari kiri: PK HEM En Bujang Genchang, PK 1 Pn. Pilling, Tokoh Kemerdekaan En Awang, Guru Besar En Tada, PK Ko-ko En George, Cikgu Jamal

Thursday, July 30, 2009

Bulan Kecergasan

       Pada bulan Julai 2009 telah terpilih sebagai "Bulan Kecergasan" diseluruh daerah Sri Aman. Di peringkat sekolah juga terdapat pelbagai aktiviti kecergasan di jalankan seperti senaman poco-poco, aktiviti gotong-royong, tertandingan mini futsal, sepak takraw dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat membentuk badan yang sihat, cergas dan cerdas.



 Guru Besar memberi ucapan dan merasmikan Bulan Kecegasan





Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku


 Aktiviti Bulan Kecegasan bermula dengan Senaman beramai-ramai 


 Minggu seterusnya......Senaman dan tarian poco-poco dimulakan sebelum aktiviti gotong-royong

Aktiviti gotong-royong  di kawasan sekolah

Thursday, July 30, 2009

Pertandingan Mini Futsal

 
IKlan Pertandingan Mini Futsal

      Sesuai dengan Bulan Kecegasan, bulan ini juga turut mengadakan pertandingan Mini Futsal. Pertandingan ini diadakan pada 15 dan 16 Julai 2009. Pertandingan ini terbuka kepada murid lelaki dan perempuan. Pelbagai aksi yang menarik telah ditunjukkan oleh pemain mini futsal ini.
Pengadil memberi penerangan sebelum perlawanan

Gelagat peserta menunggu giliran bermain




Monday, June 29, 2009

Pertandingan Sepak Takraw

           
Iklan Perlawanan Sepak Takraw 2 Sebelah

         Pada bulan Jun 2009, satu pertandingan Sepak Takraw du a sebelah telah diadakan pada 24 dan 25 hb. Jun 2009. Pertandingan ini memerlukan 2 orang peserta bagi setiap kumpulan.  Tempat pertandingan ini diadakan di gelanggang serbaguna sekolah. Pertandingan ini terbuka kepada murid lelaki dari tahun 3, 4, 5, dan tahun 6 yang melibatkan 8 kumpulan.



aksi peserta sepak takraw

Pengadil sedang menjalankan tugas


aksi pihak lawan

Saturday, May 30, 2009

Kempen Menderma Darah

            Selain aktiviti larian, PPD Sri Aman juga turut mengadakan Kempen Derma Darah. Sekolah SK Nanga Skrang juga turut menghantar wakil untuk menyahut program ini. Seramai 5 orang guru telah meyertai Kempen Derma Darah ini semperna Sambutan Hari Guru 2009.


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum mendahului aktiviti derma darah

Pertama kali derma darah