Antara Wakil Sekolah yang menyertai Pertandingan Bola Sepak
Semperna Sambutan Hari Guru dan Deman Bola Sepak Piala Dunia 2010. Pihak PPD Sri Aman telah mengadakan Pertandiang Bola Sepak 6 Sebelah bagi zon Sri Aman. Pihak sekolah juga tidak melepaskan peluang ini untuk menghantar wakil ke pertandingan tersebut. Pihak Sekolah telah mewakili Negara Jerman.... :)
Pada hari Isnin bersamaan 17 Mei 2010, Sk Nanga Skrang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Majlis ini sepatutnya bermula pada jam 8.30 pagi tetapi terpaksa ditangguhkan kepada jam 9.30 pagi akibat daripada masalah teknik. Walau bagaimanapun majlis ini berjaya dijalankan dengan jayanya.
Pihak sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, seterusnya bacaan doa bagi memberkati majlis ini. Berikut adalah atucara program sepanjang majlis itu berlangsung:
Atucara Majlis:
: Ketibaan para tetamu jemputan, para guru dan
kakitangan sokongan.
: Nyanyian lagu”Negaraku” dan “ Ibu Pertiwiku”
: Bacaan Doa oleh Saudara Zainul Rahman Zawawi
: Ucapan Ketua Murid oleh adik Noriya Boon
: Ucapan Guru Besar oleh En. Tada anak Jilum
: Lafaz ikrar Hari Guru diketuai oleh
-Saudara Zaiazly Mohd. Zain
: Menyemat Rozek oleh murid-murid
PERUTUSAN HARI GURU:
: Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia oleh
- Cik Noorzihan binti Zulkipli
: Menteri Pelajaran Malaysia oleh
- En. Jamal anak Nawin
: Nyanyian Lagu Hari Guru
“Guru Malaysia”
“Pendidik Bumi Kenyalang”
“Guru Pembina Negara Bangsa”
: Sesi memotong kek
: Pertukaran Hadiah Sempena Hari guru
: Persembahan Kebudayaan dari murrid-murid
: Jamuan ringan
: Sesi Fotografi
: Majlis bersurai
Di sini dipaparkan serba sedikit peristiwa sepanjang sambutan hari guru.
Semperna menyambut sambutan Hari Guru, Pihak Sekolah telah mengadakan Gotong-Royong Perdana pada hari Sabtu, 15 Mei 2010. Gotong-royong ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Pada hari ini, semua warga sekolah telah bersungguh-sungguh membersih, mencantik, dan menyelenggara kemudahan sekolah. Dengan ini, kawasan sekolah bertambah bersih dan ceria. Berikut adalah sebahagian aktiviti pada hari tersebut....
Murid dan guru bekerjasama memunggut sampah sarap di kawasan sekolah
Aktiviti menyelenggara jambatan juga turut dilakukan
Wakil PPD dan Konsultan diberi penerangan oleh Guru Besar
Pada 7 Mei 2010, Satu lawatan dari PPD dan konsultan telah datang ke SK Nanga Skrang ini. Lawatan kali ini adalah melihat kawasan pembinaan bangunan baru dan laluan pengakutan yang paling sesuai untuk memunggah bahan binaan ke tapak bina.