Sunday, November 28, 2010

Pemberian Susu Sekolah

Susu Untuk Sekolah
            Pada hari terakhir persekolahan iaitu pada 16hb November 2010, Satu program pemberian susu sekolah kepada semua murid SK Nanga Skrang telah diadakan. Walaupun program ini tidak melibatkan ramai guru tetapi tetap meriah dengan bantuan staf-staf sekolah.
 Murid-murid seronok apabila menerima bantuan air kotak susu

Sunday, November 28, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010


            Pada 12hb November 2010, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2010. Majlis ini diadakan adakah bagi memberi perhargaan ke atas murid yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sukan dan jawatan yang disandang oleh murid-murid yang terlibat. Pada perancangan awalnya majlis ini sepatutnya di adakan pada 16hb November 2010, tetapi terpaksa diawalkan kerana pada minggu terakhir tersebut ramai guru terlibat dengan kursus-kursus yang di anjurkan oleh PPD Sri Aman.
Penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang 
             Majlis anugerah ini dijalankan serba ringkas tetapi meriah dengan pemberian hadiah kepada murid-murid yang berjaya tampa melibatkan jemputan ibu bapa akibat kekangan masa. Berikut serba sedikit suasana sepanjang majlis ini dijalankan.
 Sebahagian murid yang menerima anugerah cemerlang

Sunday, November 28, 2010

Lawatan Kerjaya 2010

Bergambar kenangan di hadapan Balai Bomba Sri Aman
            Bagi memenuhi aktiviti akhir tahun, unit Ko-Kurikulum telah mengadakan satu program Lawatan Kerjaya yang melibatkan murid-murid tahap 2. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuka minda murid-murid terhadap tugas-tugas dan peranan sesebuah agensi itu berfungsi. Pada kali ini, lawatan kerjaya telah melawat Balai Bomba Sri Aman, Ibu Pejabat Polis Bahagian Sri Aman dan juga Stesen Ratio Sri Aman (RaSA FM). Lawatan ini telah diadakan pada 11hb november 2010.

Berikut adalah serba sedikit suasana sepanjang lawatan tersebut:-


Sunday, November 28, 2010

Minggu Nilam

            Pada 8hb November hingga 12 November 2010, SK Nanga Skrang telah mengadakan minggu Nilam. Pada minggu ini pelbagai aktiviti dan pertandingan yang berkaitan dengan Nilam telah diadakan. Aktiviti utama program ini adalah membaca beramai-ramai tampa henti selama 1,830 saat yang murid tahap 1dan tahap 2. Selain itu, terdapat pertandingan membaca buku cerita secara berkumpulan, pertandingan sahiba, pertandingan susuh ayat dan silang kata, pertandingan lukis teka dan jawab, dan banyak lagi. Tujuan program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memuput minat murid agar terus cintai aktiviti membaca dan menimbal ilmu daripada aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut.

Berikut adalah serba sedikit aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu Nilam:-
 Guru Nilam memberi penerangan tentang minggu nilam dan aktiviti yang akan dijalankan
 Pertandingan Sahiba berjalan

 Pertandingan Lukis, teka dan jawab
 Pertandingan pembacaan dalam kumpulan berjalan

Sunday, November 28, 2010

Delima oh..Delima


Buah Delima
              Pada 1hb November 2010, merupakan kali pertama buah delima sampai di sekolah SK Nanga Skrang. Kalau sebelum ini, murid hanya dapat mengenalinya melalui melihat gambar sahaja tetapi kali ini murid dapat melihat dalam bentuk sebenar. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cikgu Noorzihan kerana sudi membawa buah delima ini dari semenanjung. :-)