Tuesday, March 15, 2011

Aktiviti Pencegahan Kebakaran (Fire Drill)

            Pada 8 Mac 2011, Pihak sekolah telah menjalankan aktiviti Fire Drill untuk murid-murid yang tinggal di asrama. Aktiviti telah di jalankan seawal jam 4.00pagi. Aktiviti ini telah mendapat kerjasama daripada guru penolong kanan Hem, Ketua Warden,  dibantu dengan pembantu warden dan juga PPM sekolah.
             Pada kali ini aktiviti pencegahan kebakaran telah di adakan pada awal pagi kerana untuk melihat sama ada murid-murid asrama prihatin dengan siren amaran yang dibunyikkan oleh pihak sekolah jika ada kebakaran yang boleh terjadi bila-bila masa sahaja.


Penghuni asrama keluar ke kawasan selamat yang ditetapkan setelah siren kecemasan dibunyikan

 Seorang murid yang tidak bangun sewaktu siren dibunyikan

 Antara Guru dan Staf bukan guru yang terlabat dengan aktiviti kali ini
             Walau bagaimanapun sewaktu aktiviti ini, hanya seorang murid sahaja yang tidak keluar dari asrama dan dikategorikan sebagai terbakar. Setelah semua murid berkumpul di kawasan selamat yang telah ditetapkan Guru PK Hem telah memberi taklimat dan tip-tip keselamatan yang harus dilakukan oleh murid-murid asrama sewaktu berlakunya kebakaran sebenar.

Thursday, January 20, 2011

Perhimpunan Pertama Tahun 2011


         
             Pada 12 Januari 2011, Satu perhimpunan pembukaan telah diadakan. Perhimpunan kali ini, diadakan adalah untuk menyambut murid-murid baru iaitu murid tahun 1 dan murid prasekolah. Selain itu, perhimpunan kali ini untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada guru-guru dan murid-murid tahun 2, 3, 4, 5, dan 6.

Thursday, January 20, 2011

Kelas Belajar Menulis Dengan Betul

            Bagi memastikan murid-murid dapat menulis dengan betul, pihak sekolah telah mengadakan Kelas Belajar Menulis dengan Betul dengan kerjasama Panatia Bahasa Melayu. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memastikan murid dapat agar dapat menulis dengan betul dan baik. Aktiviti ini melibatkan murid-murid tahap 2 dan diberi tunjuk ajar oleh guru-guru yang mengajar matapelajaran bahasa melayu. Aktiviti ini dijalankan pada 12 Januari 2011 bermula pada jam 9.00pagi hingga 10.00pagi.
            Berikut adalah sebahagian daripada gambar yang diambil oleh juru gambar kami sepanjang aktiviti ini dijalankan.
 Ketua Panatia Bahasa Melayu memberi penerangan tentang kaedah yang betul untuk menulis

Friday, January 14, 2011

Penjalan Pulang dari Sekolah

 Baru naik dari sungai berhampiran simpang sungai Skrang, Batang Lupar dan Batang Ai
            Pada 5 Januari 2011, sewaktu pulang dari sekolah dengan menaiki bot. Kami telah terserempak dengan beberapa ekor Sang bedal yang agak besar jugak. Seekor berada berhampiran dengan antara simpang sungai Skrang, Batang Lupar dan Batai Ai dan dua ekor lagi berhampiran dengan Pengakal Hulu iaitu kira-kira 100m dari tempat yang selalu kami berlabuh.
Salah seekor Sang Bedal berjemur kira-kira 100m dari pengkalan
Seekor lagi berada berhampiran dengan Sang Bedal di atas

Wednesday, January 12, 2011

Lawatan Pertama PPD Pada Tahun 2011

            Pada 4 Januari 2011, Dua orang wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman telah datang melawat ke sekolah SK Nanga Skrang. Beliau adalah dari bahagian Prasekolah dan juga bahagian Buku Teks. Selain itu, pegawai tersebut juga turut melawat ke asrama murid dan juga dewan makan.

 Lawatan ke asrama murid dan dewan makan

Lawatan ke Prasekolah
Masa untuk pulang......