Monday, March 05, 2012

Lawatan Pengawai Kesihatan

                 Pada 8 Mach 2012 yang lalu, satu rombongan pemeriksaan kesihatan telah dapatang ke sekolah SK Nanga Skrang untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk murid-murid Pra Sekolah dan juga murid-murid tahun 1.  Tujuan pemeriksaan ini untuk memastikan semua murid berada dalam keadaan sihat dan cergas.  Pemeriksaan ini berjalan dengan baik dan lancar.
                Berikut adalah serba sedikit peristiwa sepanjang pemeriksaan kesihatan dijalankan:-
 Ketiabaan pegawai kesihatan ke sekolah melalui bot
 Murid tahun satu yang terlibat dengan pemeriksaan kesihatan
 Pegawai kesihatan memberi penerangan dahulu sebelum memulakan pemeriksaan
  Pemeriksaan kesihatan untuk murid tahun 1


 

 Pemeriksaan kesihatan untuk murid Pra Sekolah

               

Monday, January 16, 2012

Perginya Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Ko-Korikulum dan seorang Guru Akademik Biasa

            Tahun 2011 telah berlalu pergi dan Tahun 2012 kembali pula. Pada akhir 2011, seramai 3 orang guru telah meninggalkan SK Nanga Skrang ini. Mereka adalah Guru Besar En Tada anak Jilum, Guru Penolong Kanan 1 Pn Pilling dan Guru Akademik Biasa Pn Dayang Adlizawati.
             En. Tada telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Guru Besar di sekolah ini setelah beliau telah berkhidmat setelah 56 tahun sebagai pendidik di bumi Sarawak ini. Pn. Pilling pula telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar pula di SK Gran Stumbing. Manakala Pn Dayang Adlizawati pula telah berpindah ke Kota Pahdawan mengikut suami beliau.
             Pada Akhir Januari 2012 pula, warga sekolah kehilangan seorang lagi guru iaitu Guru Penolong Kanak Ko-Korikulum iaitu En George Bennet. Beliau telah berpindah ke Jabatan Pelajaran Negeri di Kuching dan juga seorang Staf Sokongan iaitu Pembantu Pra iaitu Pn Fatihan berpindah ke sekolah di Bintulu. Pada tahun ini pihak sekolah telah kehilangan 5 orang warga SKNS.
             Yang hilang, tumbuh berganti....
             Kehilangan mereka telah diganti dengan 4 ahli warga SK Nanga Skrang yang baru.....iaitu Guru Besar Francis Berayan, PK 1-Eu Ho Kwong yang melaporkan diri pada awal Januari. Diikuti dengan Pembantu Pra- Pn Minti pada akhir Januari dan yang terbaru PKKK- En Simon pada awal Jun 2012.
             Di harap kehadiran ahli warga sekolah yang baru ini dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah nie....

Sunday, November 20, 2011

Hari-hari terakhir persekolahan 2011 dan pengemuman keputusan UPSR 2011

              Sebelum penutupan sesi persekolahan 2011, guru-guru sibuk mengemas dokumen-dokumen penting untuk disimpan di tempat yang selamat akibat pengubahsuaian bangunan sekolah. Pada waktu yang sama juga, keputusan UPSR 2011 juga diketahui...
              Berikut serba sedikit suasana sepanjang pengumuman keputusan peperiksaan UPSR 2011:-
 Penyampaian cederamata kepada guru besar yang berpencen dan guru yang dapat berpindah....

Bergambar untuk kali terakhir bersama-sama guru besar, Guru PK1, Guru PK Hem dan Guru-guru serta Staf sokongan
 Bersama-sama Murid tahun 6, 2011 selepas pengumuman keputusan UPSR
 Pengemuman keputusan UPSR oleh PK 1
 Penyerahan Slip Keputusan UPSR kepada sebahagian murid tahun 6



 Ucapan terakhir Guru Besar sebelum bersara
 Ucapan cikgu Dayang sebelum berpindah ke sekolah baru..

Saturday, November 19, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum serta Majlis Konvokesyen Pra Sekolah 2011

              Pada 16 November 2011, SK Nanga skrang telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Kurikuluk dan Kokurikulum serta Majlis konvokesyen Prasekolah. Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Selain itu, pihak sekolah juga turut mengadakan majlis Konvokesyen Prasekolah yang diadakan pertama kali pada tahun ini.
             Majlis ini juga turut diselitkan dengan majlis persaraan tuan guru besar En tada anak Jilum dan pertukaran guru cikgu Dayang Adlizawati ke sekolah barunya di Kuching. Dalam Majlis ini juga turut dihiburkan oleh murid-murid yang membuat persembahan bagi menghiburkan para tertamu.
             Berikut adalah seba sedikit gambaran sepanjang majlis ini berjalan:-
 Ucapan alu-aluan daripada Tuan guru Besar
 Ucapan daripada YDP Romeneo (Pengerusi PIBG)
 Persembahan daripada Murid-murid
 Konvokesyen Prasekolah
 barisan murid Prasekolah bersama GB, guru kelas dan PPM Pra
 Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum
Piala Pusingan untuk pertandingan Bulan Bahasa
 Cederamata dari wakil Guru, Staf dan Pekerja Swasta untuk persaraan guru besar
Hadiah sumbangan daripa wakil murid untuk guru besar
 Sumbangan perhargaan daripada wakil PIBG untuk guru Dayang
 Perhargaan dari warga sekolah untuk cikgu Dayang
 Pakaian tercantik untuk Ibubapa murid
 Dari Kiri Barisan Belakang: Cikgu Zai, Cikgu Rahman, Cikgu Azimah, Kak Zuraida, Kak Fatimah, Kak Sharifah, Kak Suhana, Cikgu Rosita, Cikgu Amir, Uncle Neil, dan Cikgu Jamal
Dari kir Barisan Hadapan :    Cikgu Nazren, Cikgu Dayang, PK1 Cikgu Pilling, GB Cikgu Tada, PK Hem Cikgu Bujang dan Cikgu Zihan

Sunday, November 13, 2011

Hari Sukan PIBG dan Perasmian Jambatan Sekolah

             Pada 13 dan 14 November 2011, SK Nanga Skrang telah mengadakan Sukan PIBG. Aktiviti ini turut dihadiri oleh YB Datuk Francis Harden anak Hollis bagi menyaksikan perlawanan lumba perahu. Selain itu, YB Datuk juga turut merasmikan jambatan sekolah yang diberikan peruntukan oleh beliau. Antara sukan yang diadakan adalah pertandingan sepak takraw, larian ibubapa, bola sepak, sepak bola dalam gol, pertandingan bintang kecil dan perlumbaan perahu sakai 3 dan sakai 5.
             Berikut adalah sebahagian suasanan sepanjang sukan PIBG tersebut:-
Barisan Pengadil untuk larian ibubapa
Larian Ibubapa
 Sebahagian ibubapa yang mengikuti larian
 Aktiviti sepak bola dalam gol
 pertandingan sepak takraw
 Gerai jualan juga turut dibuka
 Permainan bola sepak ibubapa
 Barisan juri Bintang Kecil
 Peserta Bintang Kecil
 Menyambut YB datang di pengkalan sekolah
 Kehadiran YB Datuk Francis ke sekolah
 Menandatangani majlis sukan PIBG dan perasmian Jambatan baru
 Merasmikan perlumbaan perahu sakai 3 dan sakai 5
 Penyampaian hadiah kepada pemenang