Saturday, August 11, 2018
Penyerahan Wang KWAPM
Penyerahan wang KWAPM kepada ibubapa/penjaga murid telah dilakukan pada 6 Ogos 2018. Majlis tersebut telah dikelolakan oleh Puan Terry dan En. Neal dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dan En. Panggie.
Saturday, July 21, 2018
Gotong Royong Membasmi HFMD Asrama
Selari dengan kempen basmi HFMD di seluruh negara, aktiviti gotong-royong membasmi HFMD telah diadakan di asrama dan dewan makan SKNS pada 19 Julai 2018. Aktiviti ini telah melibatkan semua murid asrama, waden dan PPM.
Friday, June 29, 2018
Majlis Perpisahan Puan Lo
Puan Lo Siaw Wei telah berpindah ke SJKC Chung Hua Simanggang setelah berkhidmat di SKNS belum sampai setahun. Jasamu dikenang, Puan Lo. Jangan lupakan kami di SKNS.
Thursday, June 28, 2018
Pertandingan Story Telling Peringkat Daerah Sri Aman 2018
Pada 28 Jun 2018, Pertandingan Story Telling Peringkat Daerah Sri Aman telah diadakan di SK Aping. Wakil dari Zon Undop merupakan murid SK Nanga Skrang iaitu Alvin Sandom anak Benet. Beliau telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan tersebut. TAHNIAH!
Thursday, May 17, 2018
Sambutan Hari Guru 2018
Sambutan Hari Guru SKNS telah diadakan pada 16 Mei 2018. Dengan tema warna biru, majlis serba sederhana tersebut telah diisi dengan acara bertukar-tukar hadiah dan menjamu selera.
Subscribe to:
Posts (Atom)





