Saturday, September 22, 2018

Majlis Restu Ilmu Murid UPSR 2018


Majlis restu ilmu bagi murid yang bakal menghadapi UPSR 2018 telah diadakan pada 21 September 2018. Majlis telah dihadiri oleh Pastor Sudin dan ibubapa calon-calon UPSR tahun ini.

Selamat maju jaya diucapkan!



Tuesday, August 21, 2018

Kerja Baik Pulih Jeti SKNS

Pada 21 Ogos 2018, jeti utama SKNS telah dibaikpulih yakni dilengkapi dengan anak tangga yang lebih selamat dan terjamin.


Saturday, August 11, 2018

Penyerahan Wang KWAPM

Penyerahan wang KWAPM kepada ibubapa/penjaga murid telah dilakukan pada 6 Ogos 2018. Majlis tersebut telah dikelolakan oleh Puan Terry dan En. Neal dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dan En. Panggie.



Saturday, July 21, 2018

Gotong Royong Membasmi HFMD Asrama

Selari dengan  kempen basmi HFMD di seluruh negara, aktiviti gotong-royong membasmi HFMD telah diadakan di asrama dan dewan makan SKNS pada 19 Julai 2018. Aktiviti ini telah melibatkan semua murid asrama, waden dan PPM.




Friday, June 29, 2018

Majlis Perpisahan Puan Lo


Puan Lo Siaw Wei telah berpindah ke SJKC Chung Hua Simanggang setelah berkhidmat di SKNS belum sampai setahun. Jasamu dikenang, Puan Lo. Jangan lupakan kami di SKNS.