Sunday, November 01, 2009

Selamat Tinggal Cikgu Ellyn


      Tepat pada 30 Oktober 2009 yang lalu, merupakan hari terakhir Cikgu Ellyn Gie Ongke bertugas di SK Nanga Skrang. Beliau Merupakan Guru Kontrak yang terpaksa berhenti lebih awal daripada kontrak asal, apabila beliau mendapat pekerjaan tetap yang akan melapor diri pada 5 Noverber 2009. Beliau telah banyak membantu dan menjalankan tugas sebagai guru dengan baik dan jayanya. Kehilangan beliau amat dirasai oleh warga sekolah.... Bak kata salah seorang guru sekolah.... "Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tersungkur..." Kami warga sekolah mengucapkan tahniah kepada cikgu kerana mendapat pekerjaan tetap dan selamat tinggal..... kami berharap Cikgu Ellyn sentiasa meingati kami di sini......

Kenangan Cikgu Ellyn bersama PK1 Cikgu Pilling semasa Majlis Perpisahan




Cikgu Ellyn bersalaman dengan murid sebelum berpisah


Bersalaman dengan guru-guruSK Nanga Skrang





No comments:

Post a Comment