Saturday, April 24, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahniah!!... En. Nyawin

            Pada 22 April 2010, Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 telah diadakan di Dewan Suarah. Seorang wakil pekerja @ staf SK Nanga Skrang turut dicalonkan bagi mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini.

            Calon tersebut adalah En Nyawin anak Kuyong, di mana beliau merupakan seorang PAR yang ditugaskan menjaga makan minum murid asrama di sekolah ini. Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini disampaikan oleh wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak iaitu Haji Abdul Rahman bin Bolhassan.

En. Nyawin anak Kuyong
             Menurut wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Haji Abdul Rahman bin Bolhassan. beliau berkata,  peningkatan kredibiliti kepimpinan dalam diri pengetua dan guru besar secara tidak langsung akan mempengaruhi prestasi kerja para kakitangan sekolah bawah seliaan mereka selepas ini.

             "Pengetua dan guru besar perlu menunjukkan kredibiliti kepimpinan masing-masing terhadap guru-guru di bawah seliaan mereka dengan bekerja keras untuk menaikkan prestasi akademik murid-murid di sekolah dari masa ke semasa.

             "Usaha mereka ini akan dipandang oleh guru-guru berkenaan. Jika kredibiliti kepimpinan mereka diakui maka para guru secara tidak langsung akan mencontohi komitmen pengetua dan guru besar dalam menaikkan pencapaian akademik sekolah," katanya.

            Kredibiliti kepimpinan pengetua dan guru besar di sekolah masing-masing menurut beliau juga sekaligus dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mencapai sasaran dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selepas ini.

             Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Philip Singkek, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Haji Abdul Rahman Muhyuddin dan wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Rickson Jau.

             Seramai 168 orang guru dan kakitangan jabatan pelajaran dari kawasan Sri Aman dan Lubok Antu menerima APC yang berlangsung pada jam 2.30 petang hari ini.
                         (Petikan diperolehi daripada http://sriamannews.blogspot.com
/2010/04/pengetua-dan-guru-besar-perlu.html)

No comments:

Post a Comment