Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Di Ambang Merdeka 2010

            Semperna bulan kemerdekaan ke-53, pihak sekolah tidak melepaskan peluang ini untuk mengadakan Majlis Sambutan di Ambang Merdeka. Sebelum menyambut majlis ini, pada 27 Ogos 2010 telah mengadakan pertandingan mewarna dan melukis untuk murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Selain itu, pihak sekolah juga menjalankan aktiviti mewarna "Jalur Gemilang" yang melibatkan guru dan murid tahap 2.
         
            Pada 30 Ogos 2010 pula, Sambutan di Ambang Merdeka telah diadakan. Walaupun majlis ini diadakan serba ringkas tetapi ia tetap meriah. Majlis sambutan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Kemudian majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, En. Tada anak Jilum dan di ikuti dengan ikrar Rukun Negara dan laungan merdeka sebanyak 7 kali. majlis ini diteruskan lagi persembahan murid, tayangan video "Semangat Merdeka", pertandingan Kuiz Merdeka yang melibatkan peserta murid tahap 2 dan diakhiri dengan nyanyian lagu "Jalur Gemilang", " Tangan 31 ogos" dan "Satu Malaysia".



           Berikut adalah serba sedikit detik-detik sepanjang aktiviti sambutan ini diadakan yang diambil oleh jurufoto kami:
 Guru dan murid sanggup berpanas untuk menyiapkan Jalur Gemilang
Pertandingan melukis dan mewarna untuk murid tahap 1 dan tahap 2
Bacaan ikrar Rukun Negara dan persembahan murid
Guru besar merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan
Laungan kemerdekaan oleh guru-guru dan staf sekolah
Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
Persembahan nyanyian dari murid-murid tahan 2 sebagai penutup majlis

No comments:

Post a Comment