Wednesday, July 06, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011

 
            Bagi menyahut suruhan Kementerian Pelajaran, pada 2 Julai 2011 SK Nanga Skrang telah mengadakan Larian Serentak 1 murid 1 Sukan 1 Malaysia yang diadakan serentak seluruh Malaysia. Cara larian ini telah bermula pada jam 7.00pagi bagi sesi pendaftaran murid, ibu bapa dan penjaga. Kemudian, kira-kira jam 7.15pagi sedikit penerangan telah diberikan kepada para peserta tentang larian yang akan diadakan. Pada jam 7.30pagi, aktiviti pertama telah dijalankan iaitu senamanrobik yang diketuai oleh cikgu Dayang. Setelah tepat jam 7.45pagi, semua peserta telah memulakan Larian Serentak 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia. Larian sejauh 1.5km telah dijalankan di padang sekolah sebanyak 8kali pusingan. Selepas larian ini, murid-murid dibawa melihat pameran sukan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Pendaftaran Para Peserta 
  
Senamrobit sebelum memulakan larian
Larian 1 Murid 1Sukan 1Malaysia bermula
Larian berlangsung

Penyerahan minuman kepada peserta
Murid bergambar kenangan

Antara guru dan staf yang terlibat
  
Antara ibu bapa dan penjaga yang turut serta


Murid melihat pameran yang disediakan oleh pihak sekolah

No comments:

Post a Comment